"Jika kali kedua BR1M ini diberikan, ia membayangkan kegagalan Perdana Menteri mengawal sara hidup rakyat.
"Pemberian BR1M kali pertama nyata tidak membantu kurangkan beban sara hidup rakyat seperti mana Najib uar-uarkan untuk meringankan beban sara hidup rakyat," kata beliau pada sidang media hari ini.
Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.
Malah BR1M, yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain.
Rafizi juga mendakwa BR1M yang diberikan oleh kerajaan pada awal tahun ini adalah satu proses untuk meraih undi daripada rakyat.
"Pemberian BR1M kali kedua berlaku kerana jangkaan tarikh pilihan raya pada awal tahun ini meleset dan ini adalah strategi Umno-BN untuk pancing undi.
"Saya juga tak fikir BR1M kali kedua ini mudah dilaksanakan kerana mereka telah berhutang dan perlu pergi ke Parlimen untuk peroleh bajet untuk tujuan tersebut," tambah Rafizi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan