Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya tertarik dengan pendekatan politik baru melalui pendebatan sepertimana diadakan oleh beberapa pemimpin politik di negara ini sebelum ini.
"Debat mampu memberi jawapan kepada rakyat berhubung isu tanah. Rakyat akan menilai segala usaha yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan dan dalam masa yang sama rakyat akan melihat apa alternatif pembangkang untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Suhaizan mendakwa antara isu tanah yang sering diperkatakan oleh rakyat ialah Pulau Batu Puteh, penyerahan tanah Keretapi Tanah Melayu Tanjong Pagar, kehilangan tanah simpanan Melayu dan peneroka kehilangan tanah di Felda Cahaya Baru Masai.
Beliau berkata, Salahuddin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian sudah bersetuju menyertai debat berkenaan dan pihaknya dalam masa yang sama mengalukan media dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi penganjur debat tersebut.
Katanya, pihaknya setakat ini mencadangkan debat itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, dengan tarikh, masa dan urusan jemputan diuruskan oleh penganjur. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan