HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mei 2012

Buku Irshad Manji: Jais tahan Ezra Zaid

 
Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,800. 




SHAH ALAM: Pengarah syarikat ZI Publication, Ezra Zaid ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal tengah hari tadi, berhubung penerbitan buku Allah, Kebebasan dan Cinta oleh penulis kontroversi Irshad Manji.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) kerana menerbitkan buku yang bertentangan dengan hukum syara’.

Seksyen berkenaan menjelaskan bahawa mana-mana orang yang mencetak, menyiar, menerbit, merakam atau menyebarkan dengan apa -apa cara, buku atau dokumen atau bentuk lain rakaman yang mengandungi apa jua yang bertentangan dengan hukum syara’.

Walau bagaimanapun, beliau merayu dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin.

Kes akan ditetapkan pada tarikh lain dan dibawa ke Mahkamah Syariah Petaling Jaya.

Tiada ulasan: