HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Mei 2012

Samseng itu Pemuda Umno – Saksi

Mohd Martin Kahar

KUALA LUMPUR: KEADILAN telah mengenal pasti samseng Umno yang melempar batu, telur dan botol hingga menyebabkan beberapa penyokong Pakatan Rakyat cedera di ceramah malam tadi.



Menurut Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya KEADILAN Lembah Pantai, Md Zaman Md Tasi, tindakan biadap itu dilakukan oleh Pemuda Umno kawasan berhampiran.

“Saya mengenal pasti mereka adalah Pemuda Umno. Saya merupakan penduduk Lembah Pantai dan mustahil saya tidak mengenali mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan setiausaha politik pejabat beliau, Fahmi Fadzil.
 
Zaman berkata, sebelum kejadian itu, beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada seorang Pemuda Umno yang merupakan rakannya, memberitahu, salah seorang daripada mereka akan mensabotaj program malam  itu.
 
“Saya menyedari SMS itu selepas samseng tersebut memotong kabel bekalan elektrik, bagaimanapun saya tidak mampu berbuat apa-apa” katanya.
 
Malam tadi, ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pangsapuri Pantai Permai dicemari aksi samseng Umno yag melempar batu, telur dan botol.
 
Kejadian itu menyebabkan seorang warga emas parah di kepala dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dipercayai patah tangan kiri.
 

Tiada ulasan: