HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mei 2012

Video Hot!! Ulama Muda UMNO Bedal Berapi PM Haji Najib Dan Hajjah Rosmah

SEDAKA SEJAHTERA l

LIHAT VIDEO


Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.



Ketua penerangan sayap parti itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.



"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.


"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.

Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.

Sambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut.

Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut.

Tiga daripadanya cedera parah. -mk



Ulasan GB

Hadith Rasulullah saw:

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan bala dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll

Kemalangan acara Drag Race itu sepatutnya pembuka mata, itu baru mukaddimah kepada bala yang lebih besar yang bakal menimpa.

Apabila Allah s.w.t. dicabar, maka tunggu sahaja habuan daripadaNya.

Dan ia juga adalah permulaan kepada satu sistem pemerintahan yang baru. Kelak, Allah s.w.t. akan menggantikan mereka itu dengan satu kepimpinan yang lebih baik.

Tiada ulasan: