Sebelum ini, Azmin Ali telah dikaitkan dengan dakwaan skandal seks berdasarkan
beberapa keping gambar yang tersebar di Internet. Kalau mana-mana
daripada anda penonton setia slot Buletin Utama TV setiap hari, kita
boleh perhatikan rentak penyampaian berita pada 20 minit pertama sarat
dengan berita politik tanahair yang diberikan liputan cukup meluas
mengikut acuan dan perancangan pihak berita mereka sendiri.
Dan tidak terlepas juga, laporan berita
pendedahan mengenai dakwaan penyelewengan oleh Azmin Ali sekitar 16/17
tahun lalu dibongkar semula oleh blogger Malaysia Today, Raja Petra
Kamaruddin….
Buletin Utama juga tidak lupa untuk
memanggil semula beberapa individu pilihan untuk memberikan respon balas
selepas sahaja pendedahan yang dibongkarkan oleh blogger Malaysia Today
mengenai dakwaan skandal rasuah Azmin Ali ini termausklah individu
seperti :
- Umi Hafilda (adik kepada Azmin Ali)
- Zahid Mat Arip (Mursyidul Am TIBAI – Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim)
- Ezam Mat Noor (Senator Dewan Negara)
- Datuk Zahrain (Ahli Parlimen Bebas – Bayan Baru)
- Ada yang tertinggal?
Pendirian kami jelas, cukup jelas. Yang
salah tetap salah. Kami di sini, hanya perlukan pemimpin yang
benar-benar bersih untuk menjaga dan mentadbir negara kita. Bukan kerana
budi dan jasa tetapi berdasarkan integriti dan pendirian masing-masing.
Kita sama sekali tidak perlu sama sekali menjadi totok dan menyokong secara membuta tuli.
Tiada sokongan rakyat Malaysia, tiadalah mereka berada di atas sana
untuk memimpin yang di bawah. Itu sebablah ada kalangan penyokong, yang
sukar menerima dengan hati yang terbuka realiti yang berlaku pada
pemimpin mereka.
Cuma kami agak sedikit hairan, apakah
selama ini kertas siasatan yang tersimpan rapi oleh Badan Pencegah
Rasuah (BPR) dan kemudiannya di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) “tidak sedar” kertas siasatan mengenai Azmin Ali selama
bertahun-tahun lamanya, seolah-oleh kertas siasatan itu tidak pernah ada dengan mereka?
Sehingga menyebabkan seorang blogger
“terpaksa” memberikan tekanan dan peringatan dengan mengeluarkan semula
bukti di mana , Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga
merangkap Ahli Parlimen Gobak, Azmin Ali didakwa melakukan penyelewengan
dengan mengumpul kekayaan semasa beliau berkhidmat dengan kerajaan.
Walaubagaimanapun, kami tetap memuji SPRM yang bertindak pantas
dan mengambil perhatian serius mengenai kes ini, lebih laju tindakan
SPRM daripada “kelajuan cahaya” untuk membuka kertas siasatan dakwaan
kes penyelewengan melibatkan Azmin Ali berdasarkan “pembongkaran semula”
oleh blogger Malaysia Today. Tahniah kami ucapkan.
Berdasarkan semakan kami menunjukkan :
Di bawah ini, Antara Dokumen Yang Didedahkan Semula Oleh Raja Petra Kamaruddin mengenai dakwaan penyelewengan Azmin Ali dan salahguna kuasa Anwar Ibrahim semasa bergelar Timbalan Perdana Menteri pada masa itu :
- Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, Panel Penilai Operasi SPRM akan bermesyuarat hari ini (Khamis) bagi membincangkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Mohamed Azmin dihentikan pada 1995
- SPRM juga sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu terutama mengenai pendedahan dokumen rahsia berkenaan di Balai Polis Putrajaya.
Dokumen penuh boleh anda perolehi di sini, melalui artikel yang bertajuk (MACC ‘Deep Throat’ comes out of the closet)
Yang menariknya di sini, pendedahan ini mengatakan :
- BPR pada masa itu menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat jawatan orang nombor dua dalam kerajaan Malaysia ketika itu selepas Datuk Mahathir ketika itu.
- Azmin Ali didakwa memilki harta sejak 1991 – 1995, antaranya sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft
Kami pulangkan semula kuasa yang ada
pada SPRM untuk menjalankan siasatan dengan setelus mungkin. Jikalau
bersalah mengapa tidak diheretkan mana-mana rakyat Malaysia atau
pemimpin tidak kira “ikan jerung atau ikan bilis” dihadapkan ke muka
pengadilan. Apa respon balas anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan