Kumpulan itu bertegas akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat SPRM sekiranya badan bebas itu tidak memulakan siasatan dalam tempoh seminggu.
Mursyidul Am Tibai Zahid Md Arip berkata desakan itu dibuat ekoran pendedahan pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin kononnya Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Azmin yang ketika itu setiausaha sulitnya, ditutup.
"Kami minta SPRM buka semula fail siasatan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan kepada SPRM, di sini, hari ini.
Semalam, Raja Petra mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan SPRM, yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.
Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan