Taikun,
Tan Sri Vincent Tan tidak mempunyai rancangan segera untuk menjual
saham yang dimilikinya di Facebook kerana dia masih melihat nilai
potensi dalam laman sosial nombor satu dunia itu.
“Kami boleh menjualnya
suatu hari nanti, tetapi kami mahu menyimpannya buat masa ini,” katanya
kepada pemberita di luar majlis makan tengah hari Jawatankuasa Pro-tem
Majlis Perniagaan Malaysia-Filipinan pada Isnin.
Saham
Facebook ditutup Jumaat lepas pada AS$31,91, menurun 3.4 peratus pada
hari tersebut dan 16 peratus di bawah tawaran awam permulaan (IPO)
berharga AS$ 38.
Ia telah disenaraikan pada 18 Mei lalu.
Timbul
spekulasi bahawa Tan (gambar) mungkin mencari peluang untuk menjual
sahamnya di Facebook bergantung kepada prestasi saham.
Walaupun prestasi saham agak perlahan, tetapi beliau berkata masih ada nilai yang akan daripada menjual sahamnya itu.
“Saya
fikir ini hanya gangguan sementara bagi saham-saham Facebook. Mark
Zuckerberg (pengasas Facebook dan ketua pegawai eksekutif) adalah orang
yang bijak dan akan memberikan lebih banyak idea tentang bagaimana
untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan (Facebook) dan saya pasti
sahamnya akan berkembang baik,” katanya.
MOL Global Bhd, di mana Tan mempunyai pegangan sebanyak 88 peratus di dalamnya, memiliki 3.5 juta saham dalam Facebook.
Saham MOL di Facebook muncul sebagai pertukaran untuk paten daripada satu lagi laman jaringan sosial – Friendster, turut dimiliki oleh MOL.
Berdasarkan harga IPO Facebook AS$38 seunit, MOL telah menetapkan sebahagian AS$133 juta (RM418.66 juta) bagi saham-sahamnya.
Bagaimanapun,
berdasarkan harga penutup AS$31.91 pada Jumaat lepas, kepentingan MOL
di laman rangkaian sosial kini bernilai kira-kira AS$ 111.69 juta
(RM351.72 juta).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan