HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Mei 2012

60% Kakitangan Awam Berpendapatan Bawah RM3,000 Sebulan Tiada Rumah Sendiri? Apa Sebabnya?

Staff Berita Semasa 
 
harga rumah2 60% Kakitangan Awam Berpendapatan Bawah RM3,000 Sebulan Tiada Rumah Sendiri? Apa Sebabnya?


Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tampil dengan beberapa tuntutan terbaru kepada pihak kerajaan di mana kajian setakat mendapati 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memilki rumah sendiri. Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kategori ini? 

Sebelum ini menteri telah menetapkan kalangan rakyat Malaysia yang menerima pendapatan sekitar RM3,000 boleh dikategorikan sebagai berpendapatan tinggi berdasarkan laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini yang bertajuk, Kalau Gaji RM3,000 Dikira Pendapatan Tinggi?

Hakikatnya hari ini 60% penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan masih lagi tidak mampu memilki rumah sendiri. Itu angka dan kajian yang diperolehi melibatkan kakitangan awam. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta?

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor mencadangan pihak kerajaan mengambil perhatian serius dengan cara :
  1. mengurangkan kadar faedah pinjaman 4% yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus
  2. menaikkan gaji kakitangan awam terbabit
Nak bendung harga rumah di Malaysia tidak sesukar mana. Contohnya, apa yang perlu dilaksanakan ialah :
  1. Kenakan RPGT 75%. Kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. Apabila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yangmeningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi. Sedangkan RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.
  2. Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja. Ini ada yang kami tengok sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.
  3. Tarik balik pengecualian cukai RM10,000 daripada cukai pendapatan
  4. Kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi sebegini perlu dihentikan segera
  5. Pemilikan rumah oleh warga asing ditutup buat masa ini
  6. Akhirnya sekali, kerajaan pelru sediakan satu mekanisme dengan mengetatkan syarat rumah untuk PR
  7. Anda ada cadangan untuk ditambah di sini??? (Sila kongsikan di ruangan komen di bawah)
Dengan melaksanakan beberapa pelan yang dicadangan seperti di atas ini bukan sahaja kakitangan awam yang mendapat manfaat tetapi seluruh rakyat Malaysia menerima tempias untuk memilki rumah di tanahair sendiri pada pada harga yang berpatutan. Persoalannya sekarang ini, adakah kerajaan berminat untuk melaksanakan dasar-dasar seperti di atas bagi membendung lonjakan harga rumah sehingga tidak terkawal?
Apa respon kakitangan awam di sini? Mengapa kakitangan awam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya dilihat masih ramai lagi yang tidak mampu memilki rumah sendiri?


Tiada ulasan: