HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mei 2012

Ahmad: Tak guna debat

NOOR HAYATI MAMAT

Ahmad: Tak guna debat
 
Ahmad menyerahkan replika cek kepada Abdul Rahman sempena Majlis Perjumpaan
MB Terengganu dengan Warga Felda Bukit Bading, di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu
 
 
HULU TERENGGANU-Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan beliau tidak akan melayan hasrat Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut untuk berdebat dengannya bagi membincangkan isu setempat berkaitan negeri Terengganu.

Menurutnya, cabaran tersebut tidak akan disahutnya bukan kerana takut sebaliknya beliau melihat tiada sebarang kepentingan atau faedah untuk berbuat demikian kerana Pas akan tetap mengatakan Umno dan BN sebagai penipu.

“Kita tidak akan layan cabaran tersebut kerana ia tiada faedah. Saya tidak takut untuk adakan debat dengan pemimpin Pas kerana dahulupun saya merupakan seorang pemidato.

Sebaliknya, kita melihat tiada sebarang keperluan untuk berbuat begitu.

“Cukuplah sekadar debat sewaktu Dun bersidang kerana walaupun selama ini kita memberitahu perkara yang betulpun, mereka tetap akan kata kita menipu serta memutar belit cerita sebenar kepada rakyat.

“Bila ajak debat bersungguh- sungguh tetapi bila diajak muzakarah, macam-macam alasan dan cerita yang timbul.

Daripada ajak debat, lebih baik muzakarah tetapi sebaliknya pula yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas isu tersebut.

Sinar Harian pada 27 Mei lalu melaporkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mencabar Ahmad agar berdebat mengenai isu setempat yang berlaku di negeri ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Perjumpaan Menteri Besar Terengganu dengan Warga Felda Bukit Bading, di sini dan turut diadakan penyerahan cek wang durian runtuh berjumlah RM8,775,000 kepada peneroka yang diwakili Ketua Peneroka Felda Bukit Bading, Abdul Rahman Hassan.

Tiada ulasan: