KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Perbuatan samseng Umno menyebabkan Nurul Balqish Mohd Isa berusia 12 tahun terpaksa menyambut ulang tahun kelahiran dengan tangan berbalut akibat dilempar batu.Anak bongsu dari tiga beradik itu bakal menyambut ulang tahun kelahiran beberapa jam sebelum keganasan itu berlaku.
“Saya berada di sebelah pembesar suara bersama ayah. Tiba-tiba keadaan jadi gelap.
“Serentak itu, saya terasa balingan batu dan tangan kiri berasa sangat sakit.
“Ayah periksa dan terus bawa saya ke klinik,” katanya kepada Keadilan Daily dengan tangan yang bengkak dan berbalut.
Ibu mangsa, Adita Ketek apabila mengetahui keadaan itu, terkejut dan sedih hingga menangis.
“Saya tak sangka terjadi perkara ini. Bagaimana jika kena mata atau kepala anak saya? Semoga tuhan sahaja yang membalas,” katanya.
Keganasan samseng Umno di Pantai Dalam sekitar jam 11 malam itu menyaksikan beberapa penyokong Pakatan Rakyat cedera akibat dilontar batu, telur dan botol air.
Malah, seorang warga emas berlumuran darah akibat dibaling batu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap hingga menimbulkan kemarahan Ketua Pembangkang itu.
Kejadian berlaku selepas bekalan elektrik di lokasi ceramah disabotaj.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan