MALAYSIA KINI
Bekas
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, beliau pernah
dipelawa menyertai sebuah parti politik pembangkang ketika masih
berkhidmat dalam pasukan polis.
Musa (kanan)
yang bersara pada 12 September 2010 berkata, pelawaan itu datang
daripada presiden parti tersebut ketika beliau bertugas sebagai ketua
polis negara, lapor Utusan Malaysia.
"Bagaimanapun, saya menolak pelawaan itu kerana dalam pasukan polis, kami tidak diajar untuk mencampuri urusan politik dan hal-hal lain dengan tugas.
"Sehingga sekarang, saya masih mengekalkan prinsip sama iaitu tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik kerana ia membuatkan saya lebih bebas untuk bersuara," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan hari ini.
Pada 4 Mei lalu, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS dengan alasan untuk membantu parti tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan