KL TODAY
Bank
akan memperkenalkan satu lagi lapis keselamatan yang baru dengan
menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan siber dan pihak
polis untuk membanteras penipuan dalam talian yang semakin
menjadi-jadi.Menurut Cybersecurity Malaysia, kes-kes penipuan yang
dilaporkan kepada agensi ini adalah dua kali ganda, daripada 606 pada
tahun 2009 kepada 1,328 pada tahun 2010 dan 3,142 tahun lepas.
“Sehingga
April tahun ini, kami menerima hampir 2,000 kes penipuan perbankan
dalam talian,” kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Lt Kol (RET) Prof
Datuk Husin Jazri, yang mengesahkan agensi ini telah bergabung tenaga
dengan Persatuan Bank-Bank Malaysia untuk memerangi penipuan di
internet.
Agensi di
bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini akan bekerjasama
dengan bank untuk menjalankan kempen intensif bagi meningkatkan
kesedaran daripada penipuan.
Perkara
ini menjadi begitu serius apabila CIMB dan Maybank baru-baru ini
membuat usaha bersepadu memberi amaran mengenai penipuan perbankan
dalam talian dengan mengambil satu iklan berhalaman penuh dalam akhbar
The Star, menggesa pelanggan mereka melaporkan dengan serta-merta jika
mereka menerima TAC (Kod Pengesahan Transaksi) yang tidak diminta.
TAC yang
dihantar melalui SMS kepada telefon mudah alih pengguna berdaftar,
adalah lapisan kedua keselamatan. Yang pertama adalah butiran
‘username’ dan kata laluan.
Menurut
pembekal perkhidmatan mudah alih untuk 16 buah bank tempatan, Macro
Kiosk Bhd, institusi kewangan mungkin mengamalkan “lapisan ketiga”
keselamatan bagi sistem talian mereka tidak lama lagi.
Ciri “Faktor Ketiga Pengesahan” akan mengesan percubaan untuk menggodam akaun perbankan dalam talian berdasarkan lokasi telefon bimbit pengguna.
“Ia akan
membolehkan bank-bank untuk mengesan lokasi komputer yang digunakan
untuk log masuk ke akaun sepadan dengan lokasi telefon bimbit pengguna.
“Sebagai
contoh, jika orang yang mengakses akaun didapati berada di luar
Malaysia, manakala telefon bimbit pengguna berada di negara ini,
mungkin ada sesuatu yang tidak kena,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Macro
Kiosk, Kenny Goh.
Kemudian pengguna akan dihantar SMS untuk mengesahkan sama ada mereka mahu meneruskan urus niaga.
“Ini akan memberi amaran kepada pengguna jika seseorang itu cuba untuk menggodam akaun perbankan mereka secara dalam talian.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan