HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Julai 2012

Dewan Negara Pelawa Mahasiswa Ikuti Sidang Parlimen - Abu Zahar

MSTAR ONLINE


KUALA TERENGGANU: Dewan Negara telah mengambil langkah proaktif dengan mengundang semua universiti awam di negara ini menghantar mahasiswa masing-masing bagi mengikuti persidangan Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nik Ujang berkata, golongan mahasiswa boleh mendapat pendedahan mengenai politik, dasar dan undang-undang negara.

"Universiti adalah sebuah tempat untuk kita memberi pendedahan, menerangkan sistem demokrasi berparlimen. Kalau masuk universiti asyik belajar saja, keluaruniversiti pun mereka masih tidak faham politik negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup Persidangan Agung Tahunan (PAT) Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Universiti Malaysia Terengganu di sini Ahad.

Turut hadir pada majlis itu Presiden GPMS Jais Abdul Karim.

Abu Zahar berkata, pihaknya menjemput semua universiti untuk mengikuti sesi persidangan bermula tahun ini dan sambutannya sangat baik.

Sementara itu, pada PAT kali, GPMS telah meluluskan empat resolusi iaitu memperjuangkan pendidikan Melayu, melahirkan pemimpin, memperkasakan cawangan di seluruh negara dan melahirkan lebih ramai sukarelawan.

Pada pemilihan GPMS kali, Jais dan timbalannya Shamsuddin Abdul Rahmanmenang tanpa bertanding.
Senarai pemegang jawatan GPMS Penggal 2012-2015:

Presiden: Jais Abdul Karim
Timbalan Presiden: Shamsuddin Abdul Rahman
Naib Presiden: Mohamad Alif Anas Mohamad Nor, Datuk Irmohizan Ibrahim, Hishamuddin Abdul Rahman, Rafidah Ariffin.
Setiausaha Agung: Zamri Mat Isa
Ketua Penerangan: Ahmad Yaakob,
Penolong Setiausaha: Khairul Adham Mazlan
Ahli Majlis Tertinggi: Khairul Adham Mazlan, Nor Ain Azmi, Faizal Zulkifli,Ekma Faroza Razali, Izham Ahmad, Ramzul Ikhlas.- BERNAMA

Tiada ulasan: