Skuad BO
MARANG
– Anak-anak muda Terengganu menjawab dengan jelas dan tegas, mereka
telah bersedia untuk menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional
secara demokratik pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.
Mereka yang menyertai sesi ‘Xpresi Hijau Menuju Putrajaya’
berkata demikian ketika ditanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,
Ustaz Nasruddin Hassan.
“Justeru itu, saya nak tanya pada hari
ini, tak kiralah anak muda lelaki ataupun anak muda muslimah, saya nak
tanya pada hari ini…..
“Adakah anak-anak muda yang berhimpun di
experisi hijau anak muda Terengganu pada hari ini telah bersedia untuk
memegang tanggungjawab ini?,”soal Nasruddin.
Pertanyaan Nasruddin
itu dijawab ‘Ya’ oleh kira-kira 5000 orang anak muda yang hadir
berhimpun di Kampung Pada Mengkuang dekat sini.
Nasruddin berkata
demikian ketika menyampaikan pidato khasnya pada program PAS Ganti Umno
Kali Ke-4 dan Himpunan Hijau peringkat negeri Terengganu pada Sabtu 30
Jun.
Oleh
itu, beliau mengingatkan supaya mereka tidak leka dan lalai serta setia
dengan perjuangan dan berpaling ke belakang apabila diserang musuh.
Katanya, walaupun terpaksa berhadapan dengan pahit gentir, perubahan mesti dilakukan dan Umno-BN mesti dijatuhkan.
Beliau
berkata, biar apa sahaja halangan melintang dan rintangan yang datang,
anak-anak muda mesti terus berjalan menuju ke Putrajaya.
“maka
kita terus mara dan melangkah ke Putrajaya, biarkan apa sahaja halangan
melintang, rintangan yang datang, itulah sunnatullah yang dijanjikan
oleh Allah.
“Memang perit kita berjuang, tetapi Allah menyebut
kepada kita ‘jika sekiranya kamu merasai sakit berhadapan dengan mereka,
bertempurdengan mereka, bersaing dengan mereka. Kamu berasa sakit,
merasa perit. Merasa pedih. Maka mereka juga sakit sebagaimana kamu
rasai sakit itu’,”tegasnya.
Sehubungan itu, Nasruddin telah
melancarkan logo ‘Pakat Pangkah PAS Bohh’ yang menjadi moto Pemuda PAS
dalam menghadapi kempen pilihanraya umum yang akan datang.
Turut
sama dalam sesi ‘Xpresi Hijau’ itu adalah Setiausaha DPPM Khairul Faizi
derta ahli-ahli Jawatankuasa DPPM dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz
Mohd Nor Hamzah serta ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri
Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan