KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Satu lagi projek dijalankan kerajaan Barisan Nasional berdepan risiko kerugian berbilion ringgit menyamai kegagalan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Projek RM1.4 billion Asia Petroleum Hub (APH) dibelenggu lebihan kos dan kelewatan serta masalah lebih besar apabila CIMB Bank Bhd menarik diri selepas menyuntik RM830 juta.Perkara itu didedahkan Muhibbah Engineering (M) Bhd, antara kontraktor utama APH, dalam kenyataannya pada Selasa lepas , lapor Malaysiakini.
Projek yang sepatutnya siap pada 2009 itu melebihi nilai asal RM1.4 bilion yang dirancang, termasuk kos faedah.
Manakala RM2 bilion lagi masih diperlukan untuk menyelesaikannya, menurut laporan portal Merdeka Review.
Pada Februari, dilaporkan projek itu hanya siap kira-kira 60 peratus.
Ia dibangunkan pada mulanya oleh pengendali terminal temptan iaitu KIC Oil & Gas (KIC), yang memegang 90 peratus kepentingan dan baki 10 peratus oleh Trek Perintis Sdn Bhd, pelabur strategik kewangan kerajaan.
Terletak di sebuah pulau di Tanjung Pelepas, ia dikata berupaya menampung lebih 3,000 kapal setahun dan 30 juta tan petroleum.
Dilapor, masalah timbul bermula dengan perebutan pemilikan antara KIC dan Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikuasai oleh rangkaian politik jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Merdeka Review melaporkan, Trek Perintis, pemegang saham APH sejak penubuhannya, adalah syarikat berkaitan UMNO, dikawal oleh Abdul Azim Zabidi, bendahari parti sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah Badawi.
ZAQ Construction, kontraktor utama untuk mengagihkan kerja-kerja pembinaan kepada subkontraktor, dimiliki Zainal dan Zamani Rafique, adik kepada peguam terkemuka Zul Rafique dan bekas menteri wilayah persekutuan Zulhasnan Rafique.
Seorang lagi subkontraktor, Kencana Petroleum, adalah sebuah syarikat awam dimiliki Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan