HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Julai 2012

Najib tak nafi beri kontrak LRT Ampang pada kroni

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan  kontrak sambungan LRT Ampang bernilai hampir RM1 bilion dianugerah kepada Konsortium  George Kent, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli

Rafizi berkata, kenyataan Najib bahawa tiada yang salah mengenai projek itu, mengukuhkan spekulasi bahawa beliau melanggar keputusaan bidaan seperti yang disyaki banyak pihak.

“Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses pemilihan kontraktor,” kata Rafizi.

Katanya, beliau mendapat maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil dokumen rasmi dari pejabat Prasarana semalam yang menunjukkan konsortium berkenaan ditolak sebagai pembida sejak awal.

“Salah satu dokumen yang diambil adalah kertas-kertas rasmi yang membuktikan bahawa Prasarana telah pun memulangkan kembali bon tender kepada Konsortium George Kent kerana kumpulan itu telah pun dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak dari awal lagi.

“Maka, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak ini kepada Konsortium George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterima pakai,” kata Rafizi.

Beliau juga mendesak Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato’ Shahril Mokhtar mengesahkan dakwaan bahawa bon tender itu dipulangkan.

Rafizi sebelum ini mendakwa projek itu sepatutnya diberi kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) tetapi atas campur tangan Najib, ia jatuh ke tangan George Kent.

Tiada ulasan: