Pengacara
terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan,
TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.
Beliau
kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam
merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya,
Mohamed Azmin Ali.
“Hati baik bulan baik ? TV3 terus memporak peranda kisah
famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.
“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.
Beliau
merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya
kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.
Azwan
percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno
bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.
“Kesian
juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi
Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik
perempuannya itu.
Namun,
beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan
Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai
‘jijik’.
“Slm.
Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan
kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya.
Ini bukan
pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’
dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu
mereka ke kancah politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan