Sidang media Gabungan Janji yang mewakili 47 NGO di Kuala Lumpur hari ini. — Gambar oleh Saw Siow Feng
Menurut jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais berkata, mereka
cuma mahu meraikan hari kemerdekaan bersama-sama dengan warga Malaysia
yang lain, cuma mereka hanya memakai baju kuning sebagai tanda mahukan
demokrasi yang kian terhakis di negara ini.
“Tidak ada slogan, tidak ada sepanduk atau tunjuk perasaan.
“Cuma bezanya kami memakai baju kuning,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut gabungan NGO itu lagi, perhimpunanterbesar adalah di Kuala Lumpur di kawasan pancutan air di Dataran Merdeka dan pada tepat jam 12 tengah malam di mana Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan menyampaikan puisi sempena kemerdekaan.
“Jadi, kami rasa tidak timbul sebarang isu kerana kami hanya mahu menyambut hari kemerdekaan,” katanya lagi.
Gabungan Janji juga berhimpun untuk menyeru kerajaan melunaskan janji mereka ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.
“Sangat jelas tuntutan lapan perkara untuk pilihan raya yang adil dan bersih masih belum ditunaikan,” katanya lagi.
Mereka tidak pasti berapa ramai yang hadir pada malam itu, tetapi mereka berharap tidak ada orang yang akan cuba menghuru-harakan keadaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan