Umno
tidak perlu menunggu Pas menyertai Barisan Nasional (BN), hanya untuk
melaksanakan undang-undang Islam atau hudud, kata Ketua Dewan Ulama
Pas, Datuk Harun Taib.
Menurutnya, jika Umno ikhlas, undang-undang Islam
itu telah lama dilaksanakan tanpa perlu campur tangan Pas.
“Mereka
berkuasa untuk laksanakannya. Mereka berkuasa gubal undang-undang.
Mengapa tidak dari dahulu ia dilaksanakan? “(Matlamat) mereka menuntut
kerjasama Pas hanyalah agenda politik. Mereka tidak ikhlas dalam
memperjuangkan hasrat ini,” katanya semalam.
Harun berkata, Umno perlu menunjukkan komitmen mereka jika mereka bersungguh-sungguh mahu melaksanakannya.
“Undang-undang Islam bukan melaksanakan hudud semata-mata. Jika Umno berhasrat, laksanakan dahulu dan kemudian kita akan nilai,” katanya.
“Undang-undang Islam bukan melaksanakan hudud semata-mata. Jika Umno berhasrat, laksanakan dahulu dan kemudian kita akan nilai,” katanya.
Sebelum
ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh
memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan BN
membangunkan sebuah negara Islam.
Dr
Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno berkata, BN amat mengalu-alukan
penyertaan Pas jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR) dan hudud
hanya dapat dilaksanakan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama
membina negara dan menggubal perundangan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan