MSTAR ONLINE
KOTA BHARU: Pengguna jalan raya masih berdegil dan
mengulangi kesalahan utama lalu lintas walaupun penguatkuasaan bagi
kesalahan itu telah lama diketahui umum, kata Ketua Pengarah Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.
Beliau berkata, keadaan ini dikenalpasti ketika operasi penguatkuasaan di seluruh negara semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Kesalahan utama itu ialah memotong giliran, tidak memakai tali pinggang keledar, topi keledar, memotong di dua garisan berkembar, melanggar lampu isyarat lalu lintas, mengguna telefon bimbit semasa memandu dan menggunakan lorong kecemasan.
Semasa operasi itu, beliau berkata, JPJ menyaman 4,853 pemandu kenderaan danmenyita 67 kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan sejak 12 Ogos hinggaSelasa lepas.
Jumlah saman itu hasil daripada pemeriksaan terhadap 36,229 kenderaan dan kesalahan tertinggi melibatkan lesen memandu iaitu 2,313 saman diikuti cukai jalan sebanyak 1,794 saman, katanya kepada Bernama pada Khamis.
Beliau berkata, daripada 1,945 bas yang dinaiki anggota JPJ yang melakukan penyamaran, sebanyak 1,030 bas diambil tindakan kerana pelbagai kesalahan.
Bagi motosikal, beliau berkata, dalam tempoh itu, pihaknya telah menyaman 2,286 penunggang dan menyita 60 daripada 13,781 motosikal yang diperiksa. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan