THE MALAYSIAN INSIDER
Ambiga
Sreenevasan menerima Anugerah Setiausaha Negara bagi Wanita Berani
Antarabangsa daripada Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama
dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton pada 11 Mac, 2009.
Ambiga juga mengatakan langkah tersebut akan menyebabkan Barisan
Nasional (BN) kehilangan banyak undi dalam pilihan raya akan datang.
Peguam yang menang anugerah itu telah berkali-kali di’momok’kan oleh kumpulan Melayu berhaluan kanan dan ahli parlimen BN terutamanya dari Umno — dalam masa dua tahun selepas memimpin Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mendesak kerajaan agar membersihkan sistem pilihan raya di Malaysia.
“Mereka memandang rendah kepada rakyat Malaysia yang berfikiran betul,” kata beliau dalam temuramah yang disiarkan hari ini.
“Kami tak suka dibuli,” tambahnya lagi.
Wanita berusia 55 tahun yang pernah memimpin Majlis Peguam Malaysia itu pernah menerima ancaman maut oleh kerana menyokong wanita-wanita bukan Islam yang suami mereka masuk Islam di negara yang majoriti penduduknya Muslim.
Ambiga juga telah digelar pengkhianat negara oleh seorang ahli parlimen Umno oleh sebab beliau mendesak kerajaan mengikut agenda Bersih 2.0 agar mereformasikan pilihan ray di Malaysia.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai organisasi haram menjelang perhimpunan 9 Julai tahun lalu di ibu kota sementara ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) telah membakar potret Ambiga dan mengedarkan risalah berbunyi, “Awas!!! Ambiga wanita Hindu merbahaya” secara terbuka.
Ibu kepada dua orang anak itu memberitahu Bloomberg tindakan me’momok’kan beliau bertujuan untuk mempertikaikan kredibiliti Bersih 2.0.
“Saya adalah minoriti di negara ini dan mereka fikir adalah mudah untuk melakukannya,” kata wanita India beragama Hindu itu.
Gangguan terhadapnya berterusan tahun ini selepas perhimpunan ‘duduk bantah’ anjuran Bersih 2.0 pada 28 April lalu di Kuala Lumpur dengan veteran askar Melayu membuat ‘senaman punggung’ di hadapan rumahnya dan beberapa peniaga Melayu menawarkan burger daging lembu kepada peganut agama Hindu itu berhampiran jalan rumahnya.
Agama Hindu menganggap lembu sebagai haiwan suci dan mengharamkan penganutnya untuk makan daging lembu.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan memberi amaran bahawa pilihan raya akan datang bersifat perkauman oleh kerana rakyat Malaysia kini mementingkan kaum masing-masing juga telah mengkritik Ambiga, lapor Bloomberg.
“Beliau (Ambiga) seperti mempunyai dendam terhadap kerajaan,” kata bekas PM yang memerintah paling lama itu kepada Bloomberg.
Menjelang pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi, pemimpin Umno dan media arus perdana telah memberi amaran kepada pengundi agar tidak mengulangi tragedi 13 Mei, 1969 - rusuhan kaum yang berlaku di ibukota selepas pilihan raya 1969.
Bloomberg melaporkan Ambiga tidak percaya rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang menyebabkan keputusan pilihan raya tahun tersebut digantung akan berulang.
“Jika ramai orang mahukan perubahan, tidak ada peluang untuk sesiapa untuk menghalang,” kata beliau kepada agensi berita tersebut.
“Rakyat Malaysia secara umumnya cintakan keamanan — kami berbeza dari apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.
“Kami sedang berada dalam keadaan untuk melakukan perubahan positif dan jika kami mahu lakukan perubahan, ia adalah melalui pilihan raya yang bersih,” tambahnya lagi.
Ambiga juga memberitahu Bloomberg beliau akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0 selepas pilihan raya akan datang untuk menumpukan perhatian dengan tugusnya sebagai peguam termasuk bercakap tentang hak asasi wanita.
“Rakyat biasa di Malaysia mulai faham yang permainan politik mengguanakan kaum dan agama tidak dapat diterima.
“Ini adalah kematangan politik,” kata beliau kepada Bloomberg.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan