Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, langkah itu penting supaya pihak polis tidak dipersalahkan sekiranya terjadi sebarang kemungkinan semasa program anjuran PKR.
“Bagaimanapun ini bukan layanan istimewa, dan bukan jaminan keselamatan tetapi sebagai prosedur biasa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung dan Majlis Aidilfitri Umno Pengkalan Chepa di sini, pagi ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas serangan ke atas bas yang digunakan oleh PKR serta dakwaan cubaaan menceroboh bilik Anwar, Ketua Pembangkang, semasa siri jelajah yang masuk hari kedua hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan