HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 November 2012

Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Secara “Time Base” Macam Guru Selepas Ini?

 Staff Berita Semasa 
 
Datuk Seri Dr Ali Hamsa1 Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Secara Time Base Macam Guru Selepas Ini?

Kalau sebelum ini kaedah kenaikan pangkat secara timed base, kalangan kakitangan awam dalam sektor pendidikan dan kesihatan yang mendapat manfaatnya. Tetapi untuk masa akan datang besar kemungkinan kaedah kenaikan pangkat secara time base akan diperluaskan ke sektor perkhdimatan awam yang lain….

Sekarang ini, dengan kapasiti 1.42 juta penjawat awam di Malaysia, 430,000 terdiri daripada kalangan guru yang sedang menikmati kaedah kenaikan pangkat secara time base ini. Buat masa ini, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengatakan cadangan ini kenaikan pangkat secara time base ini sedang diteliti secara terperinci oleh kerajaan termasuk mengambil kira keseimbangan hasil dan perbelanjaan negara & menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sebelum perluasan terbabit dilakukan.

Cuma cadangan daripada kami, bagi mengimbangi perbelanjaan kerajaan supaya pemberikan kenaikan pangkat secara time base benar-benar dinikmati kalangan kakitangan awam yang “berkelayakan sahaja”. Apa yang boleh dilakukan adalah termasuk :
  • Kalangan kakitangan awam yang tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang perlu ditangguhkan pergerakan gaji secara time based. Ada penjawat awam mungkin telah burn out perlu diberi motivasi sebelum di beri time based.
  • Ini kalau dilihat trend sekarang ini, kami tidak mahu melihat senario kalangan kakitangan awam pada masa akan datang bukan sekadar leka menunggu tahun untuk dinaikkan pangkat. Mana tidaknya, pasti akan ada yang mempunyai pemikiran seperti ini “buat apa susah-susah kerja, bila sampai masanya pergerakan ke gred yang lebih tinggi akan berlaku juga”. Erm….minta dijauhkan.
  • Oleh itu, pergerakan gaji secara time based dilakukan secara bersyarat. Contohnya kepada penjawat awam yang benar-benar komited dan cemerlang melaksanakan tanggungjawab sebagai kakitangan awam yang berdedikasi. Tetapi, bagi penjawat awam yang bermasalah dan kurang berprestasi, pergerakan time based perlu ditangguhkan.
Bagi penjawat awam yang telah dinaikkan secara time-based tetapi didapati melakukan kesalahan yang telah ditetapkan, adakah pergerakan time based ini akan dibatalkan atau tidak? Pendapat kami “lebih berat mengatakan”, sewajarnya pergerakan time based boleh dibatalkan pada bila-bila masa sekiranya berlaku pelanggaran disiplin dan kesalahan yang lain.

Jadi, kami melihat perlunya satu penanda aras dan garis panduan perlu dirangka agar kenaikan pangkat secara time based di kalangan  penjawat ini nanti tidak menjadi satu yang sia-sia, sebaliknya memberi kesan yang baik dalam sektor awam kelak. Apa pandangan kakitangan yang lain ?

Tiada ulasan: