Malaysia
mempunyai hubungan tidak langsung dengan Hamas sebagai parti pilihan
rakyat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf gerakan itu, Dewan Rakyat
dimaklumkan pada Selasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebagai anggota PBB, Malaysia terpaksa
akur dengan syarat yang dikenakan termasuk mengiktiraf adanya sebuah
negara, iaitu Israel.
“Oleh
kerana Hamas di dalam artikel penubuhan parti itu mempunyai hasrat
pertamanya sudah tentu tidak mengiktiraf Israel, keduanya berusaha
untuk menghapuskan negara Israel, ini satu perkara yang tidak diterima
oleh PBB.
“Malaysia
merupakan ahli kepada PBB, kita sebenarnya tidak ada pilihan melainkan
untuk tidak mengiktiraf Hamas ini, tetapi kita mempunyai hubungan
secara tidak langsung dengan Hamas sebagai sebuah parti yang menguasai
atas pilihan rakyat Palestin untuk menubuhkan kerajaan,” katanya.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul tergempar Parlimen Malaysia yang mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel keatas wilayah Palestin di Gaza yang Mengorbankan nyawa rakyat Palestin.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul tergempar Parlimen Malaysia yang mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel keatas wilayah Palestin di Gaza yang Mengorbankan nyawa rakyat Palestin.
Mohamed Nazri menjawab saranan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) supaya Parlimen mengiktiraf Hamas.
Katanya
Kementerian Luar memaklumkan pada masa ini Hamas dan Fatah sedang
berusaha ke arah satu pembentukan kerajaan perpaduan nasional, dan
beberapa rundingan telah dijalankan antara kedua-dua pihak untuk
mengadakan pilihan raya Palestin.
Katanya
Malaysia perlu berhati-hati dalam perkara ini kerana yang lebih penting
ialah menyelesaiakan masalah Palestin, dan bukan masalah sama ada
suatu parti politik itu diiktiraf atau tidak.
“Sama ada
ia diiktiraf oleh kita atau tidak, ia tetap kerajaan sebab itu bagi
kita kerajaan, yang penting ’substance’, iaitu kita memberi dukungan
dan sokongan kepada Palestin untuk menjadi bukan saja sebagai satu
entiti, tetapi akhirnya sebuah negara pemerhati dan seterusnya negara
merdeka dan berdaulat,” katanya.
Usul itu
yang dibentangkan oleh Mohamed atas cadangan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak, kemudian diluluskan sebulat suara oleh penyokong
kerajaandan pembangkang. Seramai 10 anggota parlimen daripada Barisan
Nasional(BN), pembangkang dan bebas membahaskan usul tersebut.
Semasa menggulung, Mohamed Nazri berkata Perdana Menteri telah mengetengahkan isu itu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa pertemuannya dengan pemimpin tersebut pada Selasa, sempena Sidang Kemuncak Asean yang sedang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.
Semasa menggulung, Mohamed Nazri berkata Perdana Menteri telah mengetengahkan isu itu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa pertemuannya dengan pemimpin tersebut pada Selasa, sempena Sidang Kemuncak Asean yang sedang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.
“Perkara
utama yang diketengahkan oleh Perdana Menteri kepada Presiden
Obamaialah tentang perlunya keganasan Israel terhadap penduduk di Gaza
dihentikanserta-merta.
“Presiden
Obama telah mengatakan bahawa beliau akan berusaha untuk menamatkan
serangan Israel ke atas Gaza dan menghidupkan semula proses damai
terutamanya penyelesaian dua negara, yang merupakan penyelesaIan adil
dan berkekalan terhadap isu Palestin-Israel,” katanya.
Mohamed
Nazri berkata Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) pada 19 Nov lepas juga telah menggesa supaya Majlis Keselamatan
PBB mengambl tindakan serta-merta bagi menghentikan serangan
ketenteraan Israel terhadap Gaza.
“Pada masa
sama, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam mesyuarat Majlis Menteri
Luar OIC (OICCFM) baru-baru ini, telah mengeluarkan satu kenyataan
yangmengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mencabuli
undang-undang antarabangsa dan menyebabkan penderitaan berterusan warga
Gaza di Palestin.
“Dalam
mesyuarat itu, delegasi Malaysia telah menyatakan pendirian negara yang
mengecam serangan tentera Israel tersebut dan menggesa Majlis
Keselamatan PBB untuk mengambl tindakan segera bagi menghentikan
sebarang kekejaman daripada segi serangan tentera Israel ke atas rakyat
Gaza di Palestin,” katanya.
Beliau
berkata sememangnya kesemua tindakan kejam Israel terhadap rakyat
Palestin harus dilihat sebagai satu tindakan keganasan yang tidak
berperikemanusiaan dan perlu dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.
Mohamed
Nazri berkata Malaysia akan meneruskan usaha menerusi badan
antarabangsa seperti PBB dan OIC serta negara bersependapat untuk
membuatketetapan supaya satu pasukan pengaman ditempatkan di seluruh
wilayah Palestin.
Mengenai
isu konflik Palestin-Israel seperti Baitulmaqdis, pelarian,
persempadanan, penempatan haram Israel di Tebing Barat, sekatan Israel
ke atasGaza dan tahanan politik, beliau menegaskan Malaysia sentiasa
lantang memperjuangkan isu tersebut di platform antarabangsa bagi
penyelesaian keseluruhan yang adil dan berkekalan agar sebuah negara
Palestin yang berdaulat dan merdeka dapat ditubuhkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan