Kata
pepatah Cina, kasih ayah setinggi gunung, kasih ibu sedalam
laut.Bagaimanapun, pepatah tersebut tidak menggambarkan nasib seorang
kanak-kanak comel berusia tiga tahun, Chong Mei Sem apabila dia
ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk dipelihara oleh seorang peniaga
sejak tiga bulan lalu.
Lebih memilukan, bapa kanak-kanak malang itu,
Chong Chee Liong sanggup pula mengucapkan selamat hari lahir untuk
anaknya itu melalui khidmat pesanan ringkas baru-baru ini.
Dia
juga sanggup meletakkan sebiji kek hari jadi untuk anaknya itu di
hadapan pintu pagar rumah penjaga anaknya di sini baru-baru ini.
Bercerita
lanjut mengenai masalah yang timbul, wanita dikenali sebagai Madam
Choong, 52, yang memelihara Mei Sem berkata, kanak-kanak tersebut
ditinggalkan oleh ibunya sendiri yang dikenali sebagai Chu Sin di
rumahnya di Kampung Gunung Rapat dekat sini pada kira-kira pukul 10
malam, 9 Ogos lalu.
Katanya,
Chu Sin meminta dia menjaga Mei Sem sementara dia keluar untuk mencari
kerja dan berjanji memberikan upah sebanyak RM1,000 sebulan.
“Betul, memang dia beri upah RM1,000 itu dengan memasukkannya ke akaun bank saya tetapi hanya pada bulan September. Selepas itu langsung tiada apa-apa berita daripada mereka.
“Betul, memang dia beri upah RM1,000 itu dengan memasukkannya ke akaun bank saya tetapi hanya pada bulan September. Selepas itu langsung tiada apa-apa berita daripada mereka.
“Setiap
panggilan ke telefon bimbit Chu Sin dan suaminya langsung tidak
berjawab malahan saudara-mara pasangan terbabit juga tidak tahu ke mana
mereka pergi,” katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Biro Pusat
Khidmat dan Aduan Barisan Nasional negeri, Datuk Lee Kon Yin di sini
semalam.
Menurutnya, Mei Sem seorang kanak-kanak yang baik dan tidak pernah buat perangai.
“Apabila diberitahu ibu bapanya tiada, dia cuma diam dan bermain seperti biasa.
“Cuma
sekarang saya tidak mampu lagi menanggungnya. Saya minta ibu atau
bapanya ambil semula anaknya dan saya beri masa seminggu sebelum
menyerahkan kanak-kanak ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat,” ujarnya.
Sementara
itu, Kon Yin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu
bapa kanak-kanak itu supaya menghubungi beliau menerusi talian 05-253
6981 atau 012-515 1178.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan