HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Mei 2013

Ahli parlimen BN: Halang Nurul Izzah masuk Sabah kesilapan & malapetaka

KEADILAN DAILY

KOTA KINABALU: Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah.

“Saya tak faham mengapa Nurul tak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau ini benar, satu kesilapan dan malapetaka.

“Saya rasa ini adalah kesilapan yang besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung Mokhtar dalam twitternya.

Nurul Izzah tidak dibenarkan imigresen Sabah memasuki negeri ini ketia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA kira-kira jam 7.30 malam semalam.

“Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU 13,” kata ahli parlimen Lembah Pantai itu dalam twitternya.

Beliau juga tidak dibenarkan berjumpa ahli parlimen Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

“Saya tidak dibenarkan berjumpa peguam dan diiringi tiga pegawai yang memaksa saya masuk ke dalam pesawat,” tulisnya.

Izzah berkata, terdapat ahli parlimen lain yang tidak dibenarkan memasuki Sabah. Apabila ditanya nama mereka, pihak imigresen berkata ia adalah rahsia.

Dalam pada itu Nurul Izzah turut meyampaikan ucapan selamat hari Kaamatan kepada rakyat Sabah yang akan menyambutnya hari ini.

“Selamat hari Kaamatan Kepada rakyat Sabah. Maaf, tidak dapat bersama kalian. Tapi ingat, hubungan kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih kukuh,” kata Nurul dalam twitternya.

231 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 231 daripada 231
Candice berkata...

Rakyat Sabah telah memilih BN sebagai kerajaan untuk memimpin mereka. BN menang 48 kerusi daripada 60 kerusi yang ada. Maknanya rakyat Sabah bersetuju dengan peraturan atau perjanjian yang ada. Jadi kalau Kerajaan Sabah bertindak, kau terima sajalah. Jangan nak jadi anjing gila pula...

Candice berkata...

Tak perlu untuk kita nak bincang jauh-jauh sebab apa dia dihalang masuk Sabah atau sebagainya. Cukup itu sahaja. Itu hak Sabah dan itu undang-undang mereka. Mereka boleh halang sesiapa dan mereka boleh benarkan sesiapa sahaja orang luar dari memasuki negeri mereka. Tolong belajar hormati hak orang. Jangan hanya fikirkan hak kamu sahaja. Dan yang penting jangan jadi macam babi hutan yang main sondol ikut suka hati sahaja.

Paquin berkata...

Dihalang Masuk Ke Sabah, Kalau Nurul Izzah Tak Tahu Lagi Sabah Memang Ada Autonominya Sendiri, Tak Tahulah!

Cubaan untuk mengeksport Blackout 505 ke Sabah, nampaknya telah gagal sama sekali. Anwar Ibrahim yang cuba menggunakan anak perempuannya sebagai umpan untuk Blackout 505, nampaknya terpaksa tepuk dahi sendiri apabila Nurul Izzah juga menerima nasib yang serupa seperti Tian Chua iaitu tidak dibenarkan menjejakkan kaki keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Paquin berkata...

Hari ini, Anwar Ibrahim telah mengutuskan anaknya, Nurul Izzah ke Sabah sebagai persiapan untuk melancarkan kunjungannya ke Sabah pada 8 Jun nanti. Nurul Izzah diharap dapat menarik golongan muda untuk berhimpun dan cuba menggerunkan Kerajaan Negeri Sabah menerusi pelbagai tohmahan seperti penipuan SPR, penipuan BN dan sebagainya.

Paquin berkata...

Anwar Ibrahim melihat ‘kejayaannya’ membuat perhimpunan haram atau lebih dikenali sebagai ‘Himpunan Black 505′ sebagaimana di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Pahang dan yang terbaru di Armcorp Mall, Petaling Jaya Selangor, perlu dipanjangkan ke Sabah, negeri yang sangat ingin dikuasainya semenjak dari zaman dia bergelar Timbalan Perdana Menteri lagi. Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati dan gagal mengakui kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu sekaligus merencatkan cita-citanya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Paquin berkata...

Pakatan Rakyat kerap kali mempotretkan rakyat Sabah sebagai golongan bodoh yang boleh diperbodoh-bodohkan dengan sedikit tipu daya. Bagaimanapun, sesuatu yang tidak mereka sangka sama sekali ialah, rakyat Sabah yang biasanya pasif dan kurang bertindak, kali ini telah mendesak pihak Imigresen agar melakukan sesuatu untuk menyekat niat jahat Pakatan Rakyat, terutama sekali selepas episod serangan lanun-lanun Sulu yang telah mengorbankan 10 orang perajurit negara.

Paquin berkata...

Setibanya Nurul Izzah di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 4:30 petang, dia telah tidak dibenarkan masuk (Not To Landed) dan diarahkan pulang semula ke KualaLumpur pada jam 8:10 malam. Tindakan pihak berkuasa yang menghalang Nurul Izzah daripada memasuki Sabah adalah untuk menghalang anak perempuan Anwar Ibrahim itu daripada mencetuskan huru hara dan berbuat sesuka hati seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang.

Paquin berkata...

Seharusnya, selesai sahaja pilihanraya, semua pihak perlu menerima apa-apa sahaja keputusan rakyat dan tidak perlu lagi berkempen atau membuat perhimpunan yang menyusahkan rakyat. PRU13 bukannya penamat memandangkan dalam tempoh lima tahun lagi, PRU14 pula akan menjelang.

Paquin berkata...

Dalam Facebook, Nurul Izzah mendakwa sepanjang dia ditahan, dia langsung tidak diberi makan. Bagaimanapun bukti yang dihantar kepada SEL13.COM menunjukkan Nurul Izzah melantak ayam KFC dan diberi pula minuman yang nampaknya dibeli khas untuknya.

Kalau dah jenis pembohong, semua benda pun hendak dibohonginya.

Paquin berkata...

Yang pastinya, Nurul Izzah tak guna melalak menyalak. Bukankah dia dan gerombolan PKR bukan main kuat lagi membuat temberang kononnya Sabah tidak mempunyai sebarang kuasa autonomi. Apa agaknya yang hendak diterangkan oleh Nurul Izzah bagaimana Jabatan Imigresen Sabah boleh menahannya dan tidak membenarkan dia memasuki Sabah walhal di Semenanjung dia bebas bergerak dari satu negeri ke satu negeri tanpa perlu melalui pintu Imigresen?

Unknown berkata...

Setiap usul penangguhan sidang di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) yang dikemukakan oleh anggota Parlimen akan disemak, diteliti dan diambil maklum daripada pihak yang dirujuk sebelum diputuskan sama ada akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat atau sebaliknya.

Unknown berkata...

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata walaupun ada perkara tertentu yang berhubung dengan kepentingan awam di dalam usul berkenaan, pihaknya akan terlebih dahulu menghubungi pihak berwajib berkaitan yang dirujuk di dalam usul bagi memastikan sama ada perkara itu telah diambil tindakan.

Unknown berkata...

Di bawah peraturan 18 (1), apabila kita membawa usul untuk merundingkan sesuatu hal yang berlaku melibatkan kepentingan orang ramai, yang mana antara lain tujuannya untuk mengambil minat kerajaan membuat tindakan segera.

Unknown berkata...

Di dalam hal ini apabila saya hubungi pihak berwajib, saya dimaklumkan bahawa pihak daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah pergi dan menemu bual pihak-pihak berkenaan...bermakna tindakan telah pun diambil,” katanya dalam penjelasan kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) berhubung penolakan usul beliau pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Unknown berkata...

Usul Er bagi membincangkan dakwaan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) didera dan mahu sebuah suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi menyiasat kes itu serta mengapa mereka tidak dibebaskan apabila ISA dimansuhkan, telah ditolak di dalam kamar.

Unknown berkata...

Pandikar Amin berkata selain itu, keputusan beliau menolak usul tersebut dibuat memandangkan tahanan berkenaan masih tertakluk di bawah Akta ISA walaupun akta tersebut telah dimansuhkan.

Unknown berkata...

Beliau berkata di bawah Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 yang diluluskan, Seksyen 32 (a) akta itu jelas membenarkan tahanan terus ditahan dan tertakluk kepada undang-undang terdahulu sehingga Menteri Dalam Negeri memutuskan tempoh tahanan dipendekkan.

Unknown berkata...

Jadi tidak logik bagi saya membahaskan sesuatu perkara yang mana ia juga tidak membawa kepada kesampaian tujuan sesuatu usul...itu sebab mengapa saya tolak usul berkenaan kerana tiada keperluan untuk disegerakan,

Unknown berkata...

Pandikar Amin berkata alasan yang sama juga digunakan dalam menolak usul Er untuk membincangkan mengenai isu pemindahan kubur-kubur Cina yang terlibat dalam pengambilan tanah bagi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Unknown berkata...

Beliau berkata jika dibahaskan sekalipun, isu itu tidak akan sampai kepada maksudnya kerana ia melibatkan hal tanah yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sama ada untuk memindahkan penduduk atau sebagainya.

Unknown berkata...

Saya juga telah menghubungi tiap-tiap yang berwajib dalam hal ini, jawapan yang diperoleh ialah pada ketika saya bercakap ini masih lagi perundingan dibuat di antara pihak-pihak terlibat iaitu kerajaan negeri Johor, Petronas dan keluarga si mati.

Unknown berkata...

Jadi bukan bermakna tidak ada tindakan, ia masih lagi dibincang... jadi tujuan yang berhormat untuk membawa usul rayuan di bawah peraturan mesyuarat ialah supaya kerajaan atau pemaju mengambil tindakan dan ternyata tindakan sedang diambil,” katanya.

Unknown berkata...

Beliau berkata selain Peraturan Mesyuarat 18 (1), kaedah lain yang boleh digunakan dalam menyatakan isu adalah melalui ucapan penangguhan kerana mereka perlu sedar tidak semestinya setiap usul yang dikemukakan akan diterima untuk dibentang.

Unknown berkata...

Seharusnya ahli Yang Berhormat apabila sampai akhir penggal ini faham kategori mana hal-hal boleh dibawa bawah 18 (1). Macam sekarang pun saya terpaksa ‘explain’ (beri penjelasan) banyak yang akan menghabiskan masa.

Unknown berkata...

PEKAN: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak called on the commodities sector to provide added value at every level, right from early production to marketing, as the country should not be dependent on mere commodities forever.

Unknown berkata...

He urged smallholders to be proactive, diversify their economic activities and practice efficient management as commodities alone were not sufficient to ensure a consistently high income.

Unknown berkata...

“If we want to attract the younger generations we must show them a more productive commodities sector. The challenge is for smallholders to become more competitive and dynamic,” he said after presenting RISDA dividends and launching the national level younger generation smallholders programme here yesterday.

Unknown berkata...

He stressed that if Malaysia solely depended on the sector it would continue to be affected by the rise and fall of the global economy.

“Recently the government approved a one-off RM500 aid to ease the burden of rubber smallholders who were affected by the drop in rubber prices,” he said.

Unknown berkata...

Najib announced that RISDA had declared dividends of RM193.5 million for 16,080 participants of the new cluster land scheme and 41,675 participants of the commercial replanting scheme.

He said the government had also allocated RM10 million through RISDA to implement the young generation smallholders programme in the 2014 Budget.

Unknown berkata...

“We will also implement the RISDA smallholders’ children scholarship scheme,” he added.

He said that for a start 2,000 students whose parents were smallholders would receive RM50 monthly.

Unknown berkata...

“A total of 2,000 Sijil Pelajaran Malaysia students will receive RM50 a month during their exam year,” he said.

Also present at the function were Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob and RISDA director-general Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 231 daripada 231   Terbaru› Baru»