Najib berkata sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR— Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemenangan
Barisan Nasional (BN) hari ini selepas pilihan raya paling sengit akan
tetapi mengakui gabungan tersebut tidak menyangka “tsunami Cina” yang
menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.Pengerusi BN itu, walau bagaimanapun, menyalahkan pembangkang di atas tsunami berikut, mengatakan sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu.
“Saya fikir mereka terpengaruh dengan sesetengah perkara yang dibawa oleh pembangkang … dan sebab itu terdapat peralihan … dan terdapat banyak sentimen di sana, sesetengahnya, perkauman, yang dimainkan dalam pilihan raya ini, yang tidak sihat untuk negara ini,” katanya semasa sidang akhbar jam 1 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
“Saya menjangkakannya, tetapi tidak menjangka seteruk ini. Tiada siapa menjangkakan ketahap ini.
“Akan tetapi, walaupun terdapat kehilangan undi, BN tidak jatuh,” tambah beliau.
Sehingga pukul 12.50 pagi ini, BN menang PRU13 dengan 112 kerusi Parlimen berbanding PR 58.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan