HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Mei 2013

Kelantan kekal milik Pas

Wartawan Sinar Harian

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Abdul Aziz Nik Mat
 
KOTA BHARU - Keputusan tidak rasmi menunjukkan Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan majoriti tipis.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekarang berada di hadapan dan dijangka tidak bermasalah untuk  mempertahankan kerusi Dun Chempaka.

Ketika ini, Datuk Seri Mustapa Mohamed hampir pasti memenangi kerusi Parlimen  Jeli dan Dun Air Lanas manakala Tan Sri Annuar Musa dijangka merampas kerusi parlimen Ketereh dari PKR.

Kerusi Parlimen Machang bakal menjadi milik BN manakala ketiga-tiganya memihak kepada Pas.

Sementara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali  dikatakan ketinggalan jauh dengan calon Pas Nik Abduh Nik Abduh Aziz di Parlimen Pasir Mas.

Tiada ulasan: