TERKINI
Pengerusi
Bersama Bersih Datuk S. Ambiga menerangkan kepada pihak pemberita
bahawa kerajaan perlu menjawab tuduhan rakyat asing dihantar ker
Semenanjung untuk mengundi. - Gambar The Malaysian Insider.KUALA
LUMPUR — Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan
mendesak agar kerajaan menjawab hari ini berkenaan dengan tuduhan rakyat
asing dari Malaysia Timur dihantar ke semenanjung untuk mengundi dalam
pilihan raya 5 Mei.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa awal hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pejabat Perdana Menteri terlibat dalam menerbangkan lebih 40,000 pengundi diragui dari Sabah dan Sarawak ke beberapa negeri di semenanjung baru-baru ini.
“Senyap bukan pilihan dalam keadaan ini,” kata Ambiga dalam satu forum dengan Steve Teoh, yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cheras, di sini hari ini.
“Kami menjangkakan sambutan daripada syarikat penerbangan yang bertanggungjawab dan dari kerajaan sementara,” kata ketua pemantau pilihan raya itu.
Anwar mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai bukti dokumentari “berwibawa” mengenai 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak setiap hari, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu sejak 25 April.
Beliau mengatakan alasan SPR semalam berkenaan kegagalan dakwat kekal untuk berfungsi disebabkan oleh kakitangan mereka tidak menggoncangkan botol dakwat tersebut tidak dapat diterima.
Beliau turut menyelar SPR kerana gagal menyelesaikan dakwaan PR Selangor mengenai 28 peratus daripada 440,000 pengundi baru mendaftar di negeri tersebut tidak dapat dikesan.
“Mereka seharusnya gembira rakyat membantu untuk membersihkan daftar pemilih,” kata Ambiga.
Beliau juga membangkitkan tentang BN tidak seharusnya menggunakan logo 1Malaysia dalam kempen mereka kerana ianya adalah polisi kerajaan.
“BN tidak boleh menggunakan logo 1Malaysia kerana duit yang dibelanjakan datang dari kita,” kata Ambiga.
Wajah Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak berada dalam kempen BN seperti yang ditunjukkan di banner dan papan iklan dengan gambarnya dan logo 1Malaysia di seluruh negara.
Teoh akan berhadapan dengan penyandang kerusi dari DAP Tan Kok Wai bersetuju parti politik harus diberikan akses media yang adil.
“Liputan kepada kedua-dua pihak harus adil kepada kedua-duanya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan