Shahbudin Husin
Semalam negara dihebohkan dengan penangkapan tiga orang individu yang dikaitkan dengan PR iaitu Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim dibawah Akta Hasutan berkaitan ucapan mereka yang didakwa mengandungi unsur-unsur menggalakkan demonstrasi jalanan dan keinginan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan. Sebelum itu, Adam Adli, aktivis mahasiswa juga sudah didakwa dibawah akta yang sama.
Ketiga-tiga
mereka dijangka dijangka dibawa ke hadapan majistret untuk tahanan
reman pagi ini dan malam tadi mereka terpaksa bermalam di lokap Balai
Polis Jinjang, Kuala Lumpur. Sebagaimana semasa penahanan Adam Adli,
ribuan orang berkumpul di depan balai polis itu bagi menunjukkan
bantahan, malam tadi juga dilaporkan episod yang sama terus berlaku.
Mereka berkumpul lagi menunjukkan bantahan.
Ramai yang
tidak bersetuju dengan penahanan itu bukan kerana mereka membantah
tugas polis tetapi mahukan keadilan dipihak yang menjaga keamanan dan
keselamatan negara ini. Keadilan ini lebih penting ditegakkan kerana
Menteri Dalam Negeri yang baru ini, Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang
yang berlatarbelakangkan pendidikan agama dan datang dari keluarga yang
baik-baik, yang sudah tentu sentiasa meletakkan keadilan sebagai asas
utamanya.
Walaupun
Zahid menafikan penahanan mereka ini merupakan arahannya, sebaliknya
menyatakan ia adalah urusan polis sepenuhnya tetapi penerimaan rakyat
nampaknya berbelah bagi. Mereka tidak percaya Menteri Dalam Negeri
tiada kuasa. Mereka juga tidak percaya beliau sebagai menteri, tidak
dimaklumkan atau diminta pandangan terlebih dahulu sebelum penangkapan
itu dibuat.
Apa pun
alasannya, kesan penahanan ini membawa imej yang tidak baik kepada UMNO
dan kerajaan. Orang akan membuat tuduhan yang berbagai-bagai mengenai
kerajaan dan pemimpinnya. Di luar negara pula, penahanan ini tentunya
dilaporkan secara besar-besaran, yang sekaligus memberi gambaran tidak
baik juga kepada negara.
Sebelum
ini, dalam usaha menaikkan imejnya di mata rakyat, Najib pernah
menjanjikan mahu menghapuskan Akta Hasutan ini. Walaupun sementara
kajian penuh dilakukan dan akta itu masih sah, tetapi wujud kepelikan
mengapa ia masih juga digunakan dengan meluasnya sekarang ini. Apakah
ini bermakna janji Najib sebelum ini hanya retorik dan janji palsu saja?
Dan bagaimana pula selepas ini, apakah ia bakal dihapuskan atau akan terus dikekalkan?
Dan bagaimana pula selepas ini, apakah ia bakal dihapuskan atau akan terus dikekalkan?
Rakyat
secara umumnya tidak membantah penggunaan Akta Hasutan ini untuk tujuan
keamanan dan keselamatan negara. Jika polis merasakan ia perlu
digunakan, gunakanlah sebaliknya. Cuma rakyat mahu ia dilaksanakan
secara adil dan menyeluruh, bukan kerana kepentingan sebelah pihak
sahaja.
Sejak dua
tiga tahun lalu, menjelang pilihanraya dan selepas keputusan
pilihanraya pada 5 Mei, jika ingin dikuatkuasakan Akta Hasutan ini
secara adil dan menyeluruh, banyak pihak yang sepatutnya diambil
tindakan yang sama. Utusan dan TV3 hampir setiap masa menyiarkan berita
yang berunsur hasutan serta memprovokasi eleman perkauman dalam
laporannya. Berita fitnah dan tidak benar jangan cerita lagilah, hampir
setiap masa menjadi mainan mereka.
Sebaik
saja Najib yang turut terseret dengan unsur perkauman apabila
mengatakan keputusan pilihanraya lalu adalah kerana tsunami Cina,
Utusan sentiasa membakar semangat orang Melayu untuk memusuhi orang
Cina. Macam-macam kecaman terhadap kecenderungan undi mereka
diperkatakan sehingga ke peringkat yang tidak wajar untuk dibangkitkan
sebenarnya. Ambillah tindakan terhadap akhbar itu?
Pemimpin UMNO, aktivis UMNO, pembodek UMNO, pencacai serta pengamal media baru yang pro UMNO juga tidak henti-henti meniupkan api perkauman yang sama. Malah terdapat diantara mereka yang menyarankan supaya dibunuh orang-orang Cina, hanya kerana mereka tidak mengundi BN. Bukankah itu juga hasutan dan patut diambil tindakan?
Pemimpin UMNO, aktivis UMNO, pembodek UMNO, pencacai serta pengamal media baru yang pro UMNO juga tidak henti-henti meniupkan api perkauman yang sama. Malah terdapat diantara mereka yang menyarankan supaya dibunuh orang-orang Cina, hanya kerana mereka tidak mengundi BN. Bukankah itu juga hasutan dan patut diambil tindakan?
Seorang
hakim pencen, ketika memperkatakan tentang masa depan Melayu pasca PRU
13 turut meledakkan semangat yang sama dengan membuat andaian bahawa
orang Cina mahu merampas kuasa politik pula di negara ini. Tidakkah itu
juga merupakan hasutan dan patut diambil tindakan yang sama?
Jika
dikorek dan dicari, banyak lagi kenyataan atau ucapan yang berunsur
perkauman dan menggugat keamanan negara telah dikeluarkan oleh pelbagai
pihak. Malangnya tiada satu pun yang diambil tindakan walaupun banyak
desakan ke arah itu. Sebaliknya Tian Chua, Tamrin dan Haris pula yang
kena?
Jika benar
polis dan Zahid ingin mewujudkan keamanan dan membendung elemen
hasutan, lakukanlah secara menyeluruh dan tanpa pilih bulu. Sesiapa
saja, tak kira pro UMNO atau pro PR, mereka harus diambil tindakan yang
bersesuaian.
Melakukan
tindakan kepada sebelah pihak manakala sebelah pihak lagi seolah-olah
diberi lesen untuk terus menghasut tidak akan mewujudkan keamanan yang
sebenar-benarnya. malah akan menyebabkan UMNO dan kerajaan terus
terseret ke kancah yang lebih dibenci rakyat. Ingatlah bahawa rakyat
kini semakin cerdik dan mereka juga sudah memperolehi maklumat yang
pelbagai, jadi tidaklah semudah dulu untuk terus menutup perkara yang
sepatutnya diambil tindakan.
Hanya setelah Zahid dan polis bertindak adil dan menyeluruh, barulah semua rakyat akan menyanjung mereka. Jika tidak, bukan saja mereka yang dibenci dan ditohmah, malah UMNO dan kerajaanlah yang paling terbeban menerima kesannya.
Hanya setelah Zahid dan polis bertindak adil dan menyeluruh, barulah semua rakyat akan menyanjung mereka. Jika tidak, bukan saja mereka yang dibenci dan ditohmah, malah UMNO dan kerajaanlah yang paling terbeban menerima kesannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan