HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Mei 2013

Najib nafikan BN terlibat dengan pengundi hantu

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

Perdana Menteri sementara Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan jarinya yang dicalitkan dakwat kekal selepas selesai mengundi di Pekan, Pahang, 5 Mei, 2013. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR — Dikala laporan mengenai “pengundi hantu” heboh di Internet, Datuk Seri Najib Razak muncul untuk menafikan pengelibatan Barisan Nasional (BN).

Perdana menteri sementara yang mengetuai gabungan pemerintah itu dalam pilihan raya paling sengit dalam sejarah menulis di akaun Twitternya @najibrazak BN komited untuk pilihan raya adil.

“Pertuduhan mengatakan parti mesra BN membawa pekerja asing untuk mengundi adalah tidak benar. Kami komited untuk pilihan raya adil,” tulis beliau.

Tiada ulasan: