HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Mei 2013

Peniaga mula berniaga di lokasi himpunan

NIZAM ZAIN

Peniaga mula berniaga di lokasi himpunan
Suasana awal di lokasi himpunan kelihatan aman. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN
 
PETALING JAYA – Penganjuran Himpunan Suara Rakyat 505 dijangka akan tetap diteruskan petang ini memandangkan beberapa peniaga dilihat sudah mula membuka gerai dan memulakan jualan berhampiran lokasi himpunan.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati, beberapa peniaga mula menjual kemeja-t tertulis “Blackout505”, kain lilit kepala tertera logo Pakatan Rakyat (PR), vevezuela (hon) dan makanan.

Setakat ini, terdapat sepuluh gerai berada di sekitar Dataran Petaling Jaya.

Sekitar jam 11. 30 pagi tadi, lalu lintas menghala ke padang timur atau Dataran Petaling Jaya berjalan lancar dan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Taman Jaya didapati beroperasi seperti biasa.

Setakat jam 12.50 tengahari, kira-kira 100 peserta dan penyokong Pakatan Rakyat sudah pun berada di sekitar lokasi.

Tiada ulasan: