HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Mei 2013

Sokongan Pakatan meningkat 60% di Selangor hasil kempen KEADILAN

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM : Sokongan rakyat Selangor terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat meningkat 60 peratus hasil kempen KEADILAN negeri yang bermula dari Subuh hingga ke tengah malam.

60-selangor

“Rakyat dah buat keputusan siapa yang akan diundi 5 Mei nanti. Itu respon kita terima setiap kali turun padang. Sokongan meningkat kepada 60 peratus kepada Pakatan Rakyat,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri.

Menurutnya, lima ceramah perdana dan lebih 15 ceramah kelompok dianjurkan setiap malam di Dewan Undangan Negeri (DUN) bahagian pantai barat Selangor yang ditandingi KEADILAN seperti Pelabuhan Klang, Kota Anggerik, Seri Muda, Seri Andalas, Batu Tiga dan Sementa.

“Calon KEADILAN memulakan kempen selepas solat Subuh. Kemudian terus bertemu pengundi dari pagi hingga ke tengah malam.

“KEADILAN Selangor juga menggunakan kaedah sentuhan hati dan bertemu secara terus dengan pengundi. Kali ini kita bawa tema baru iaitu ‘GOTV’ – Getting Out The Voters.

“Tujuan bertemu adalah untuk mengenal pasti penyokong dan membawa seramai mungkin pengundi keluar. Setiap kali jumpa, kita galakkan mereka memeriksa daftar pemilih setiap hari,” kata Azmizam kepada Keadilan Daily.

Katanya, antara tarikan kempen AMK Selangor ialah penyertaan treler Jelajah AMK dan konvoi pemuda bermotosikal yang menarik perhatian orang ramai.

Dalam pada itu, Azmizam menjelaskan, ejen barong, pengundian, pengiraan (Pacaba) KEADILAN perlu hadir seawal jam 4 pagi di semua pusat pengundian.

“Pengundian bermula awal, iaitu jam 8 pagi. Kita mesti pantau penyerahan setiap peti undi, kertas dan pegawai SPR. Orang ramai dan peyokong boleh membantu dengan membawa pengundi keluar mengundi.

“Mereka juga boleh bantu dengam mengenal pasti pengundi tempatan. Kita bimbang berlaku duplikasi identiti. Orang ramai boleh mainkan peranan dan bantu Pacaba Pakatan Rakyat

“Ini adalah pusingan akhir kempen. Langkah berjaga-jaga perlu dipertingkatkan,” kata Azmizam.

Tiada ulasan: