HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Mei 2013

Ummi Hafilda mahu pastikan Anwar, Azmin tersungkur

Written by  -
Rate this item
(0 votes)

BALIK PULAU - Tanpa mengira penat lelah, ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali terus berceramah bagi mendedahkan wajah sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali.

Menurut Ummi Hafilda, beliau bertanggungjawab menceritakan kepada umum tentang agenda jahat Anwar dan Azmin untuk menguasai negara ini serta cita-cita politik mereka yang boleh menghancurkan negara.

"Biarpun pelbagai cemuhan dan kata-kata nista saya terima tapi saya rasa bertanggungjawab untuk mendedahkan siapa sebenarnya Anwar yang diagung-agungkan oleh penyokong pembangkang.

"Harapan saya hanya satu iaitu memastikan kedua-duanya tersungkur pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini serta menguburkan karier politik mereka," katanya dalam ceramah bertajuk Membongkar Wajah Sebenar Anwar di Kampung Teluk Bahang di sini malam tadi.

Jelasnya, terlalu banyak pendustaan yang dibuat oleh Anwar sehinaga beliau dipandang mulia oleh penyokong pembangkang sedangkan hakikatnya ada agenda jahat yang dirancang sekiranya berjaya menjadi Perdana Menteri.

Anwar, ujarnya, akan terus menyerang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak asalkan cita-citanya untuk merampas kuasa berjaya dan meneruskan persahabatan dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta menjadikan Malaysia sebuah negara republik seperti Indonesia dan Singapura.

"Oleh itu saya berharap pengundi menggunakan rasional akal untuk menolak calon pembangkang pada PRU-13 bagi mengelakkan mereka mendapat mandat sebagai kerajaan.

"Saya yakin kebenaran yang diperjuangkan selama ini berhubung siapa sebenarnya Anwar dan Azmin akan membuka mata rakyat sekali gus menolak penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Gombak itu," ujarnya.

Selain itu, katanya, rakyat juga harus membuka mata untuk mengkaji kenapa anak lelaki Anwar iaitu Mohd. Ihsan tidak pernah memperjuangkan bapanya selama ini.

"Sudah tiba masanya rakyat buka mata dan tidak terus terlena serta terpesona dengan lakonan Anwar itu tapi kajilah tembelangnya selama ini.

"Orang ramai juga harus bertanya kepada diri sendiri mahukah mereka seseorang yang gagal ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan suatu ketika dulu membawa Malaysia ke arah negara yang lebih maju?" soalnya.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: