KL TODAY
Masyarakat
Cina tidak patut dipersalahkan kerana tidak mengundi Barisan Nasional
(BN) dan usaha perlu dilakukan untuk mencari mengapa situasi itu
berlaku, kata Pengarah Strategik MIC, S. Vell Paari.Beliau berkata,
masyarakat itu didorong untuk menyokong pembangkang kerana ugutan.
“Kita
harus meyakinkan kaum Cina untuk menyokong kita berdasarkan prestasi
parti dan tidak menerusi ugutan atau rusuhan kaum di negara ini,”
katanya dalam satu kenyataan.
Menurut
beliau, MCA tidak harus dipersalahkan walaupun masyarakat itu mungkin
merasakan parti tersebut tidak mewakili mereka dengan baik.
Vell Paari
berkata komuniti itu berupaya menjana ekonomi sendiri dan tidak
bergantung dengan bantuan kerajaan, oleh itu mereka tidak takut dengan
ugutan.
“Saya
percaya masyarakat Cina menyokong pembangkang kerana tiada tindakan di
ambil terhadap Perkasa dan Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataan
beliau.
“Meletakkan
anggota Perkasa sebagai calon mesra BN telah mendorong masyarakat Cina
dan India untuk tidak mengundi parti itu di Selangor,” katanya.
Vell
Paarti berkata, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah dimenangi BN
berdasarkan jenama Datuk Seri Najib Tun Razak dan pendekatan secara
langsung kepada pelbagai komuniti.
Katanya,
MIC masih mengekalkan empat kerusi Parlimen yang dimenangi menerusi
Naib Presidennya, Datuk M.Saravanan dan Koordinator Putera MIC, P.
Kamalanathan dengan mencatat undi majoriti tertinggi masing-masing di
Tapah dan Hulu Selangor.
Dua lagi
dimenangi Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel dan Timbalannya, Datuk
Seri Dr S. Subramaniam masing-masing di kerusi Parlimen Cameron
Highlands dan Segamat dengan kemenangan tipis.
MIC bertanding 18 kerusi Dewan Undangan Negeri dan hanya memenangi lima, kurang dua berbanding pada pilihan raya umum 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan