KL TODAY
KUALA
LUMPUR – Presiden JATI Datuk Dr Hasan Ali hari ini mencadangkan supaya
usaha dibuat untuk mewujudkan gabungan kerjasama antara PAS dan Umno
sebagai langkah menyekat kemaraan DAP. Beliau berkata keputusan pilihan
raya umum ke-13 (PRU13) semalam sepatutnya membuka ruang lebih luas
untuk diadakan perbincangan serius berhubung kerjasama antara kedua-dua
parti itu.
“Sudah
sampai masanya Umno dan PAS melupakan sengketa lama untuk secara
serius duduk merancang dan memikirkan aganda umat secara bersama demi
perpaduan dan kebaikan ummah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Keputusan
PRU13 menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, kembali
berkuasa setelah memenangi 133 kerusi parlimen, diikuti DAP (38), PKR
(30) dan Pas (21).
Hasan
menarik perhatian berdasarkan keputusan pilihan raya itu, jelas
kelihatan kehadiran Pas dalam pakatan rakyat hanya menguntungkan DAP,
bukan sebaliknya.
Menurutnya,
pengundi Melayu atas nama setiakawan pakatan rakyat memberi undi
kepada DAP di Gelang Patah tetapi di kebanyakan tempat dengan minoriti
Cina, keadaan serupa tidak berlaku dan menyebabkan calon Pas kecundang
di kawasan-kawasan berkenaan.
“Atas
dasar ini, bukankah munasabah untuk dilihat secara serius gabungan
kerjasama antara Pas dan Umno untuk menyekat kemaraan DAP,” katanya.
Perebutan
bagi kerusi parlimen Gelang Patah di Johor menyaksikan Menteri Besar
Datuk Abdul Ghani Othman dikalahkan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Hasan
turut berkata kegagalan memperoleh mandat dua pertiga di pihak BN
menunjukkan mungkin sudah sampainya BN dan Umno bermuhasabah untuk
mengenal pasti dan memperbaiki segala kelemahan supaya selari dengan
kehendak dan aspirasi majoriti pengundi dan penyokong mereka.
Dalam pada
itu, Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menerima suara rakyat yang
disalurkan melalui PRU13 walaupun kecewa dengan keputusan itu.
Menurutnya,
segala permintaan untuk menambah baik proses pilihan raya dan amalan
demokrasi di negara ini telah dituruti kerajaan, namun masih ada yang
mempertikai keputusan suara rakyat pada PRU13.
“Kita nak
bekerja dan memenuhi mandat diberi rakyat dan bukan terus menerus
bergaduh macam ni yang hanya akan merugikan negara. BN pun bukan menang
besar, tapi kita terima hakikat itu kehendak rakyat,” kata Syed Ali
kepada Bernama.
Sementara
itu, Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) mahu
pemimpin kerajaan yang baru dipilih di peringkat persekutuan dan
negeri supaya mempunyai iltizam politik yang kuat untuk sentiasa
memperbaiki dasar-dasar sosio-ekonomi.
Dalam satu
kenyataan, Presiden ACCCIM, Datuk Lim Kok Cheong berkata membantu
komuniti perniagaan, terutamanya sejumlah besar perusahaan kecil dan
sederhana, adalah penting untuk meningkatkan produktiviti dan
mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
Beliau
juga menyeru agar semua janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya
yang ditunaikan dan bagi kerajaan membina Malaysia yang lebih harmoni
dan progresif dengan melaksanakan program-program transformasi
sosio-ekonomi yang memberi manfaat semua kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan