ULASAN Ketika
ada konflik dalam masyarakat, kita akan selalu mendengar seruan
berdialog untuk menyelesaikan konflik tersebut. Sepertinya kata dialog
ini sudah menjadi kata keramat untuk kita meredakan sebarang sengketa
yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.
Secara idealnya, saya bersetuju bahawa seruan berdialog boleh menjadi usaha untuk memandaikan masyarakat kita. Tapi dalam waktu yang sama, secara praktikalnya, saya juga melihat seruan berdialog ini bertujuan memperbodohkan lagi masyarakat kita.
Mengapa saya berkata bahawa seruan berdialog boleh ada dua sisi: Memandaikan dan sekali gus memperbodohkan masyarakat kita?
Di satu sisi, saya akui, dialog suatu usaha yang sangat baik, jika mereka yang terlibat terlebih dahulu bersepakat atas satu asas; iaitu semua pihak bebas berpendapat, tanpa merasa terancam akibat pendapatnya yang mungkin menyimpang dari arus perdana kefahaman masyarakat.
Justeru, menerusi pengiktirafan kewujudan yang setara ini, maka dialog tersebut dapat mematangkan masyarakat kita dengan kualiti hujah masing-masing. Jadi, inilah pada saya sisi baiknya dari seruan berdialog tersebut.
Bagaimanapun, sekiranya kita enggan memberikan pengiktirafan awal kepada kewujudan golongan yang berlawanan dengan kita, maka saya fikir ajakan berdialog tersebut hanya menjadi sisi yang sama sekali berbeza; yang bertujuan mempermain-mainkan lagi masyarakat.
Kalau kita benar-benar jujur untuk berdialog, kita mestilah terlebih dahulu mengiktiraf hak kemanusiaan kepada lawan dialog kita. Nilai kemanusiaan inilah yang mesti didahului sebelum disusuli dengan dialog yang terbuka, sihat dan bebas. Tanpa penerimaan awal kepada prinsip asasi ini, maka ajakan berdialog sebuah kepura-puraan yang besar.
Sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan tercetusnya dialog, sekiranya kita tidak pernah mengiktiraf kewujudan pihak lawan terlebih dahulu. Fikirkan saja, apakah mungkin kita boleh mengajak lawan untuk berdialog, tapi pada waktu yang sama kita tidak pernah mengiktiraf hak mereka untuk wujud? Sama sekali tidak mungkin.
Pisau bermata dua
Dalam keadaan seperti inilah, bagi saya, seruan berdialog tersebut ibarat sudah menjadi pisau bermata dua: dari satu sisi, boleh digunakan untuk memotong sayur (ajakan dialog sambil mengiktiraf kewujudan pihak lawan), dan dari satu sisi lain, boleh juga sampai membunuh manusia (ajakan dialog sambil tidak mengiktiraf kewujudan pihak lawan).
Memang, dialog adalah pisau yang bermata dua. Contoh yang paling jelas ialah dengan merujuk kes yang sedang menimpa golongan Syiah di Malaysia pada hari ini.
Hampir setiap hari, golongan Syiah ini dicemuh, dihentam, dan awal-awal lagi ditempatkan di kandang orang yang bersalah. Malah, sampai satu tahap, ada yang beranggapan bahawa golongan Syiah mesti dihapuskan di Malaysia. Langkah pertama mengharamkan mereka. Dan, saya tidak hairan, jika langkah terakhir adalah memenjarakan.
Persoalannya, apakah wajar untuk kita memulakan dialog dengan golongan Syiah sekiranya awal-awal lagi kita sudah berdiri di atas bukit sambil mengacukan busur, sedangkan lawan kita pula terikat sambil dijadikan tempat sasaran? Jujur sajalah pada nurani kita, jika kita ikhlas untuk mendapatkan sebuah jawapan yang manusiawi.
Kerana itu, pada saya, seruan berdialog dalam keadaan tempang seperti ini sebenarnya mahu memperolok-olokkan golongan komuniti Syiah tersebut. Ia juga mahu memperbodohkan lagi masyarakat kita.
Bahkan, ajakan berdialog seperti ini lebih teruk dari ajak-ajak ayam, yang pada hakikatnya merupakan perangkap untuk membunuh setiap perbezaan yang terdapat dalam masyarakat kita. Lantaran itu, saya berpandangan bahawa dialog dengan golongan Syiah sesuatu yang sama sekali tidak relevan, jika beginilah permulaan keadaannya.
Sebaliknya, bagi saya, dialog dengan golongan Syiah hanya relevan sekiranya kita terlebih dahulu memberikan mereka hak kewujudan di Malaysia ini. Dari situ, barulah sebuah suasana dialog yang tenteram dan berkualiti dapat direalisasikan.
Sebab, mustahil berlakunya dialog dengan golongan minoriti, tapi pada saat yang sama survival diri mereka terus diancam. Jika ini berlaku, maka itu ibarat kita sedang meletakkan pisau di leher mereka, sambil menempik:
"Marilah berdialog, kalau kamu rasa hujah Syiah kamu itu hebat sangat."
Lihatlah betapa ironinya ajakan berdialog yang berlaku di Malaysia pada hari ini.
AFHAM AZMUNI pelajar Malaysia yang sedang menyelesaikan pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang kajian pascamodenisme di Amerika Syarikat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan