HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 Ogos 2013

Jual diesel subsidi: Gantung lesen jika tertangkap

 
Pihak kementerian akan menutup stesen dan merampas peralatan daripada pengusaha dan pengedar diesel
 


KUCHING: Pengusaha stesen minyak atau pengedar ingkar yang menjual diesel subsidi kepada pengusaha lori dan kenderaan yang diubah suai diarah tutup.

Pengarah Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman mengarahkan tindakan tegas diambil.

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik terhadap pengusaha atau pengedar yang ingkar,” tegasnya.

Mereka juga menghadapi risiko lesen dibatalkan dan kelengkapan akan dirampas jika mempunyai bukti yang cukup.

“Sebelum ini, kita hanya memberi nasihat dan amaran serta menggantung lesen mereka tetapi belum sampai tahap menutup stesen,” katanya.

“Walaubagaimanapun, kali ini, kita lebih serius dalam penguatkuasaan kita,” lanjut beliau.

Beliau berkata setiap kali mereka menempatkan pegawai penguatkuasa di stesen-stesen, mereka tidak dapat mengesan sebarang aktiviti penyeludupan atau penyelewangan.

“Tetapi ketika mereka tidak menjalankan operasi, perkara itu berlaku,” katanya.

“Pendekatan kami sekarang adalah ‘perintah’ penutupan jika pengusaha yang didapati telah melanggar undang-undang,” tegasnya.

“Pengusaha masih dapat beroperasi jika tertangkap tetapi pada masa memperbaharui lesen perniagaan, pihak kementerian tidak akan membenarkan pengusaha berniaga lagi,” katanya ketika dihubungi FMT sebentar tadi.

Menurut beliau satu tangkapan telah dibuat di Kuching  hari ini tetapi mereka tidak akan mendedahkan butir stesen itu.  Maklumat akan disampaikan setelah siasatan dan prosedur mahkamah selesai.

Kesalahan (penyeludupan diesel subsidi) membawa hukuman maksimum denda RM100,000 atau tiga tahun penjara untuk individu atau denda RM250,000 terhadap syarikat-syarikat.

Tiada ulasan: