KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kecewa apabila Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu (Maidam) secara tiba-tiba menamatkan perjanjian
biasiswa pembelajaran anak perempuannya yang kini menuntut di Jordan.
Muhammad Najib Ngah, 49, dari Bukit Besar, di sini mendakwa menerima surat penamatan perjanjian tersebut Khamis lalu dan ia mengejutkan anaknya, Nur Dhia Mariya, 20, yang kebetulan berada di tanah air menyambut Aidilfitri.
Menurutnya, berdasarkan surat yang diterima, penamatan perjanjian itu adalah disebabkan Maidam telah menyemak semula dasar dan pelaksanaan polisi berhubung agihan duit zakat agar ia ditadbir mengikut syariat.
“Kami terkejut, bagaimana boleh jadi macam ini. Seolah-olah Maidam mungkir janji,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian.
Muhammad Najib berkata, dengan keputusan terbaru itu dia kini buntu untuk mendapatkan wang membolehkan anaknya menyambung semester baru pada bulan depan.
Katanya, walaupun Maidam ada melampirkan borang permohonan pinjaman dari Yayasan Terengganu (YT) sebagai penyambung kepada bantuan RM14,000 setahun diterima anaknya, ia tidak dipersetujuinya.
Malah dakwanya, Nur Dhia Mariya yang merupakan pelajar tahun dua di Universiti Mut’ah, Jordan hilang semangat selepas mendapat surat itu kerana menyangka keputusan memilih biasiswa Maidam sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah tepat.
“Sebelum ini, dia ada terima beberapa tawaran biasiswa lain termasuk JPA tapi memilih Maidam kerana ingin pulang berkhidmat di Terengganu, tapi tidak menyangka akhirnya jadi begini,” katanya.
Bagi menyelesaikan masalah itu kata Muhammad Najib, dia bersama ibu bapa lain berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Mohd Rozali Salleh.
“Kita harap Maidam dapat menyemak semula keputusan sekaligus menyambung kembali bantuan biasiswa, sekurang-kurangnya biarlah pelajar berkenaan menamatkan pengajian dalam masa dua tahun lagi,” katanya.
Sementara itu, Mohd Rozali ketika ditemui mengesahkan ada bertemu dengan ibu bapa yang terlibat dengan penamatan perjanjian biasiswa Maidam namun tidak mahu mengulas panjang.
“Apa yang boleh saya katakan, kita akan bincangkan perkara ini semula dan segala keputusan bakal dimaklumkan nanti,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan