KL TODAY
Kerajaan
akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) daripada syarikat pengendali sedia ada.Pemangku Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, proses
pengambilalihan itu akan dibuat menerusi lantikan sebuah syarikat milik
penuh kerajaan.Sebelum ini dua syarikat iaitu Redflex Traffic Systems
Pty Ltd yang diwakili Beta Tegap Sdn Bhd dan ROBOT Visual Systems yang
diwakili ATES Sdn Bhd dianugerahkan tender pembekal perkhidmatan AES.
Dua syarikat ini adalah senarai pendek daripada sembilan syarikat yang menyertai tender terbuka yang dibuat pada 2007.
Sehubungan
itu menuurut Hishammuddin, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa
Pemandu bagi menentukan hala tuju dan peluasan pelaksanaan AES termasuk
garis panduan serta penyelarasan dari segi perundangan, kewangan,
operasi dan komunikasi.
“Selain
itu Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak turut memutuskan bahawa AES akan diselaraskan
dengan Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).
“Melalui
penyelarasan ini membolehkan lesen memandu pesalah lalu lintas
digantung sekiranya gagal menjelaskan saman AES ataupun melakukan
kesalahan berulang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri
majlis ramah mesra Aidilfitri di Kementerian Pengangkutan di sini,
Selasa.
Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Mengulas
lanjut Hishammuddin berkata Jawatankuasa Pemandu yang akan
dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan itu akan mengkaji dan meminda
modul yang digunapakai sebelum ini iaitu melibatkan ‘perkongsian hasil’
agar pelaksanaan AES lebih telus dan adil kepada semua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan