KL TODAY
KANGAR:
Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh (gambar)
menjelaskan bahawa bukan beliau yang lawan Menteri Besar Perlis
sebaliknya Menteri Besar Perlis yang lawan beliau. Katanya, ini adalah
kerana beliau sudah lama bertapak di bahagian itu sedangkan Menteri
Besar, Azlan Man diimport dari Arau untuk bertanding sebagai Ketua Umno
Bahagian Kangar.
“Saya
pernah jadi timbalan ketua bahagian. Maka saya ada hak untuk
bertanding ketua bahagian untuk meneruskan visi saya yang belum jadi
kenyataan,” katanya kepada FMT mengulas pengesahan Menteri Besar, Azlan
Man yang akan bertanding kerusi Ketua Umno Bahagian Kangar.
Menteri Besar Perlis Azlan Man mengesahkan akan bertanding kerusi Ketua Umno Bahagian Kangar.
Menteri Besar Perlis Azlan Man mengesahkan akan bertanding kerusi Ketua Umno Bahagian Kangar.
Beliau berkata langkah itu bagi memenuhi hasrat anggota parti peringkat akar umbi bahagian itu.
Ketika
ditemui pemberita di pejabatnya semalam, beliau berkata keputusan itu
diharap dapat mengawal pemusatan kepimpinan Umno negeri Perlis di
Bahagian Arau.
“Adalah
wajar saya berpindah ke Kangar untuk mengurangkan pemusatan itu. Saya
hanya berhijrah keanggotaan Umno ke Kangar tapi saya tetap anggota
Dewan Undangan Negeri kawasan Pauh yang terletak di bahagian Arau,”
katanya.
Azlan yang
juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis adalah anggota
Umno Bahagian Arau sebelum berpindah ke Bahagian Kangar baru-baru ini.
Katanya,
dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perlis, sudah sewajarnya
beliau menawarkan diri bertanding kerusi Ketua Umno bahagian itu yang
bakal dikosongkan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Hashim berpendapat Azlan tidak perlu berpindah cawangan kalau beliau mahu menjadi Ketua Umno Bahagian.
“Sepatutnya
Datuk Seri Shahidan Kassim beri laluan kepada Menteri Besar menjadi
Ketua Umno Bahagian Arau dan Azlan tak perlu berpindah cawangan ke
Kangar,” katanya lagi.
Katanya, tidak semestinya menteri pusat jadi ketua bahagian.
“Lihat di
Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu adalah
ketua bahagian dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek adalah timbalan ketua bahagian,” katanya lagi.
Sehingga
ini tiga orang yang disebut-sebuat akan merebut kerusi Ketua Umno
Bahagian Kangar iaitu Azlan Man, Hashim Subuh dan ahli parlimen Kangar,
Ir Shaharuddin Ismail.
Mengenai
slogan “Kangar untuk orang Kangar” pada sepanduk yang dipasang di
beberapa lokasi di Kangar, Hashim berkata ahli Umno Kangar tidak perlu
mengimport ketua bahagian dari luar seolah-olah tidak ada yang layak di
kalangan ahli Umno Kangar menjadi ketua bahagian.
Azlan yang
dilihat seorang orang luar yang cuba merebut Ketua Umno Bahagian
Kangar ketika mengulas sepanduk itu berkata ia adalah perbuatan orang
yang sempit pemikiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan