MALAYSIA KINI
Polis
meminta masyarakat agar menilai cadangan badan bukan kerajaan (NGO)
berhubung akta pencegahan jenayah (PCA) baharu bagi menggantikan Ordinan
Darurat.
Beliau
menegaskan akta berkenaan diperlukan polis memandangkan dua akta iaitu
Akta Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) telah dimansuhkan.
"Saya
minta masyarakat menilai. Memanglah ia (cadangan) hak mereka untuk
terima atau tidak, tapi bagi kita, kita memang perlukannya," katanya
pada sidang media selepas Kempen Balik Kampung Rumah Selamat Keluarga
Sejahtera di Petaling Jaya semalam.
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menghantar
draf pertama set undang-undang baharu untuk menggantikan EO ke Jabatan
Peguam Negara.
Bagaimanapun,
bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dilaporkan mencadangkan agar PCA
sedia ada diperbaiki bagi memberi kuasa kepada polis untuk memerangi
jenayah berat, dan bukannya memperkenalkan satu akta baru yang berfungsi
sama seperti EO.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan