SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta
pihak-pihak terlibat mengambil tindakan drastik dalam mengenal pasti
faktor yang menjadi punca penderaan kanak-kanak bagi menangai masalah
itu.
Naib pengerusnya Tan Sri Lee Lam Thye berkata faktor penyebab penderaan kanak-kanak perlu diberi perhatian segera memandangkan kanak-kanak kini semakin terdedah kepada penderaan, dan ia sering dilakukan oleh penjaga mereka sendiri.
Lee berkata statistik terkini dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan tahun lepas, dan sekurang-kurangnya 1,000 kes penderaan kanak-kanak dilapor sehingga Mac tahun ini.
"Statistik itu sudah pasti satu perkara yang membimbangkan bukan sahaja kepada kementerian, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sambil melahirkan kebimbangannya, Lee turut mencadangkan agar kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperkenal dan melaksanakan program pembangunan kesihatan mental berasaskan komuniti secara menyeluruh.
"Program itu akan membantu menangani isu tekanan dan masalah berkaitan mental yang lain.
"Ibu bapa atau penjaga yang disabitkan kesalahan mendera kanak-kanak perlu diwajibkan menghadiri kursus yang dianjur kerajaan mengenai keibubapaan bagi melengkapkan diri mereka untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan prihatin, bukannya mendera mereka," katanya.
Selain itu, Lee berkata majikan juga mesti membantu pekerja mereka yang menghadapi tekanan di tempat kerja dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling dengan bantuan pakar psikologi.
Beliau berkata semua peringkat masyarakat mesti sensitif dengan isu penderaan kanak-kanak terutama jiran mereka dan perlu digalakkan untuk sentiasa peka, dan memaklumkan pihak berkuasa jika mengetahui mengenai kes penderaan kanak-kanak. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan