MALAYSIAKINI
NGO pendesak Melayu PERKASA menghentam cadangan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup agar nama
'bangsa' dihapuskan daripada borang dalam negara ini.
Presiden
PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata negara seperti Amerika Syarikat dan
India juga masih mengkehendaki rakyatnya menyatakan asal usul keturunan
mereka dalam borang.
Malah dakwanya, amalan di negara India mengkehendaki rakyatnya menyatakan kasta mereka di dalam borang-borang yang diisi.
"Di Amerika masih ada lagi borang etnik. Di India masih ada lagi borang (etnik) sampai kasta pun ada," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu petang ini.
Menurut Ibrahim, cadangan tersebut jika dilaksanakan akan menyukarkan tugas pengumpulan data oleh Jabatan Statistik Negara bagi tujuan pentadbiran negara.
Beliau
berkata demikian selepas mengumumkan penubuhan Barisan Perpaduan
Nasional - satu perikatan NGO Melayu Islam dengan keanggotaan 55 NGO
bersekutu, di Kuala Lumpur petang ini.
Cadangan menghapuskan nama kaum dalam borang diutarakan Joseph Kurup ketika menyampaikan ucapan perasmian satu forum dinamakan Dialog Perpaduan: Suara Akar Umbi, baru-baru ini.
Menurut Joseph, masanya sudah tiba untuk cadangan itu dilaksanakan dalam negara ini.
Malah dakwanya, amalan di negara India mengkehendaki rakyatnya menyatakan kasta mereka di dalam borang-borang yang diisi.
"Di Amerika masih ada lagi borang etnik. Di India masih ada lagi borang (etnik) sampai kasta pun ada," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu petang ini.
Menurut Ibrahim, cadangan tersebut jika dilaksanakan akan menyukarkan tugas pengumpulan data oleh Jabatan Statistik Negara bagi tujuan pentadbiran negara.
Cadangan menghapuskan nama kaum dalam borang diutarakan Joseph Kurup ketika menyampaikan ucapan perasmian satu forum dinamakan Dialog Perpaduan: Suara Akar Umbi, baru-baru ini.
Menurut Joseph, masanya sudah tiba untuk cadangan itu dilaksanakan dalam negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan