sakmongkol.blogspot
Sehinggalah
kita ada fakta dan bukti yang negatif terhadap Captain dan co-pilot,
doa dan ingatan kita pun untuk mereka. Kita mesti ingat Captain dan
co-pilot pun adalah mangsa yang masih hilang. Perasaan sanak saudara
mereka juga mesti dihormati.
Saya
harap janganlah ada orang yang menuduh golongan yang menyuarakan keresahan
keatas kaedah dan cara kerajaan mengendalikan kes kehilangan MH370 ini sebagai
kurang mempunyai simpati kepada mangsa yang hilang. Kita semua disatukan oleh
perasaan sedih dan murung. Doa dan ingatan kita kepada yang hilang dan sanak
saudara yang menanti closure episode ini.
Objektif
teratas sekali ialah mencari pesawat itu. Find the plane first. Sehingga kini tidak
diketahui. Atau tidak dijumpai. Tanpa ada tanda2 kemusnahan dari pesawat kita boleh andaikan- (1) jika pesawat
tenggelam dan terbenam, ianya terbenam intact.
(2), mungkin pesawat dirampas dan disembunyikan pada lokasi yang kita tak tahu.
Kedua dua kebarangkalian ini menyekat semua pihak dari menjumpai pesawat.
Antara
dua kebarangkalian tersebut, jika ianya dirampas, ada aspek baik dan ada aspek
tidak baik. Aspek tidak baik ialah kelemahan system keselamatan kita daripada screening
of penumpang dan kelemahan immigration kita. Aspek yang baik, dalam keadaan
ini, jika pesawat dirampas, kemungkinan besar penumpang masih hidup atau ada peluang
hidup. Antara dua evils ini, kita memilih the lesser of two evils.
Dalam
suatu artikel yang terdahulu, saya ada menyebut perihal jika kita lewat
menjumpai pesawat ini, akan berlaku beberapa perkembangan yang hanya membuat
kita mengejar isiu yang lain. Perkara yang saya maksudkan ialah kesediaaan kita
entertain cubaan untuk mejatuhkan maruah pilot dan co-pilots. Memang benar
pihak keselamatan mesti follow up apa leads sekali pun, tapi jangan lah
melakukan nya dengan pablisiti yag negative sehingga menimbulkan sangkaan buruk
kepada keluarga pilot dan co pilot serta crew technical yang lain. Jika pihak
polis boleh clear secepat mungkin bahawa passenger lain semua dibersihkan,
maka, mereka mesti segera bertindak menyiapkan siasatan mereka dengan mengistiharkan
captain dan co pilot pun bersih. Ini wajib untuk membuang tekanan emosional
terhadap sanak saudara mereka.
Kan
apa yang saya sebut sudah pun terjadi? Pilot dikatakan penyokong fanatic Anwar Ibrahim.
Apa kaitan sokongan politik ini dengan kehilangan pesawat? Adakah maksudnya
ialah untuk mencadangkan kepada sesiapa yang mahu melanggani cerita nya- oleh
kerana pilot fanatical supporter of Anwar Ibrahim maka dia mahu melarikan kapal
terbang? Untuk tujuan apa? Untuk tujuan menuntut supaya semua kes anwar ditarik
balik? Jika demikian obkejif nya- mengapa tidak muncul dan membuat tuntutan demikian?
Atau
kerana dia penyokong fanatic dia mempunyai suicidal tendencies dan mahu
melakukan suatu tindakan ala 9/11? Jadi target nya apa? Menara berkembar
petronas?
Kalau dia sakit hati kerana
melihat apa yang berlaku kepada anwar sebagai kezaliman yang dia tidak dapat
terima, bukankah lebih baik mengarahkan sakit hati nya keatas mereka yang
menzalimi anwar? Bukankah lebih baik mengarahkan pesawat itu dan menghempaskan
nya atas kediaman rasmi PM atau TPM atau Ketua Hakim?
Semua
ini mejatuhkan maruah captain pesawat MH370. Kerana tidak rela captain diperlakukan
sedemikian, kawan2 nya mengeluarkan suatu u tube video menggambarkan latar belakang
captain.
Ada
orang menyeru, jangan campur adukkan politics dengan episode ini. Tapi cubaan
mengaitkan sokongan captain kepada anwar Ibrahim ternata suatu agenda politik.
berhentilah melakukan demikian dan kita hormat maruah dan air muka captain. Dia
tidak ada disini membela diri nya.
Tiori
dari badan risikan USA atau lebih malang lagi dari wartwan yang anggap diri
mereka experts dalam terrorism tidak perlu dilayani jika apa yang mereka ada untuk
membina tiori mereka adalah cerita2 lisan dan sangkaan buruk.
Demikian
juga apa yang diperlakukan kepada co-pilot. Wanita yang dikatakan sebagai
mengaku pernah diajak oleh co-pilot dan pilot ketika itu untuk berborak dalam
cockpit , juga mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada perkara tidak baik
berlaku dalam cockpit tapi bahagian ini dari pengakuan nya tidak dipentingkan .
yang di pentingkan ialah bahagian yang dilihat sebagai menyokong tiori
conspirasi.
Ajakan
itu mungkin hanya ajakan yang benar2 innocent dan dilihat sebagai tidak
merbahayakan. Tapi membaca nya sebagai mencerminkan co-pilot sebagai seorang
yang tidak bertanggung jawab dan boleh menyebabkan pesawat kilang, adalah
pebauatan yang sangat jahat.
Saya
rasa kita orang Malaysia lebih memahami konstitusi emosional bangsa Malaysia. Kita
tidak ada tendensi membunuh diri dan kita tidak melanggani ajakan berkonspirasi.
Dalam
kita bersimpati dan mengingati penumpang yang masih hilang, kita jangan lupa
captain dan co-pilot adalah juga masa kehilangan pesawat ini. Kita hormat penumpang,
tapi jangan lupa, kepada captain dan co-pilot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan