Selepas mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk memperbetulkan kenyataannya yang salah, Teresa Kok menerima penjelasan rasmi yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri semalam yang mengakui jawapan yang diberikan pihak KDN hanya merujuk kepada kenyataan dan laporan yang dibuat oleh pihak NGO Islam. – Gambar fail.
Susulan daripada kenyataan salah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu tawaran tampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, satu penjelasan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan oleh kementerian dan mengaku Teresa tidak memperlekeh perdana menteri dalam videonya 'Onederful Malaysia'.
Teresa Kok berkata, penjelasan rasmi yang diterima beliau tersebut yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 19 Mac dan mengakui bahawa jawapan yang diberikan pihak KDN hanya merujuk kepada kenyataan dan laporan yang dibuat oleh pihak NGO Islam.
Kata Teresa, surat tersebut diterima selepas pihaknya membuat desakan terhadap kementerian tersebut agar memperbetulkan jawapan yang diberikan kepada parlimen awal minggu lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan