HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Mac 2014

Pesawat MAS ke Seoul terpaksa mendarat di Hong Kong ekoran masalah generator

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Pesawat MAS yang terbang ke Seoul terpaksa melencong ke Hong Kong kerana masalah bekalan elektrik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Mac, 2014.Pesawat MAS yang terbang ke Seoul terpaksa melencong ke Hong Kong kerana masalah bekalan elektrik. – Gambar fail The Malaysian Insider,



 Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan penerbangan MH066 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul malam tadi dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

"Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat," katanya.

MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 5.50 pagi waktu Malaysia.

Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain.

"Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur," katanya. – Bernama,

Tiada ulasan: