HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Jun 2016

'Ayah saya adalah ayah semua,' ujar Nik Abduh

Nik Aziz Nik Mat
Nik Aziz


KOTA BHARU - "Ayah saya adalah ayah semua", ucap Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz semasa ucapan penangguhan Muktamar Pemuda Pas ke-57 di KTC disini.

Walaupun begitu, apa yang perlu diingat oleh semua perwakilan ialah jangan memuja pemimpin, tapi puja perjuangan bagi mendapatkan nikmat yang diperoleh kini.

"Apabila puja pemimpin, bila pemimpin sudah tiada, maka kita akan lari dari arah tujuan perjuangan sebenarnya. Ada yang tanya saya, kenapa ustaz tidak tegur mereka yang sudah keluar Pas tetapi masih menggunakan nama arwah.

"Jawapan saya hanya satu, arwah ayah adalah milik semua. bukan milik saya seorang atau adik beradik sahaja.

"Cuma saya ingin berpesan, cakaplah apa sahaja yang mereka ingin katakan tetapi ingatlah, ia mengandungi dosa dan pahala. Jangan sesekali cakap apa yang ayah saya akan lakukan jika beliau masih hidup, kena ingat kita kena hormat ulama sama ada sudah meninggal mahupun yang masih hidup," katanya dalam nada sebak.

Menurutnya, beliau mengakui rakan-rakan, abang dan juga adik yang berhijrah ke parti lain sebenarnya masih merindui Pas, terutamanya apabila menjelangnya muktamar yang menghimpunkan keluarga besar parti itu dari seluruh negara.

Malah Nik Abduh juga memberitahu, mereka yang keluar parti itu juga tidak mendapat nikmat sebagaimana mereka peroleh ketika berada di dalam Pas.

"ALLAH TAALA tarik balik nikmat tersebut dan ianya berlaku semasa mereka berada di parti sebelah.
Mereka tidak berpuas hati dalam Pas tapi mereka lupa yang 'baru' itu bukanlah sesuatu yang diredhai ALLAH. Mereka mahu cuba mencari kebebasan selepas mereka rasa lama ditindas tetapi Allah tarik nikmat itu," katanya.

Tiada ulasan: