Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri ini khususnya supaya mematuhi Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) (Pindaan) 2016 yang diluluskan Kerajaan Negeri pada 1 April lalu.
Baginda bertitah demikian setelah mempengerusikan sidang Mesyuarat Dewan di-Raja Selangor Yang Ke-143 pada 30 Mei 2016.
Menerusi satu kenyataan Setiausaha Dewan Di Raja Selangor, baginda turut mengingatkan agar rakyat negeri ini menghindari segala larangan yang termaktub di dalam Enakmen tersebut bagi mengelakkan tindakan denda yang lebih berat atau penjara atau kedua-duanya sekali yang sekarang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.
Titah baginda lagi, rakyat di negeri ini perlu mematuhi setiap undang-undang di negara ini untuk mengelakkan permasalahan agar masyarakat berbilang kaum dapat hidup di dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Dalam pada itu, baginda merakamkan ucapan selamat menunaikan ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak ini kepada seluruh masyarakat beragama Islam
Titahnya, baginda berharap rakyat dapat menjalani ibadah puasa dengan tabah agar segala amal ibadah yang dikerjakan diberkati dan diterima ALLAH S.W.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan